CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecoh PU Riz dilantik Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR, PU Syed tetap setia bersama PAS

3-3-2026 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 318| Komen: 0

 



PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil memberi reaksi susulan pengumuman pelantikan Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dia menyambut baik keputusan PU Riz yang memilih untuk bersama PKR dan menyifatkan perkara itu sebagai hak individu dalam sebuah negara demokrasi.

“PU Riz masuk PKR, PU Syed masih ahli PAS.

“Inikan negara demokrasi. Masing-masing ada hak untuk masuk mana-mana parti di Malaysia.

“Ambe doakan adinda PU Riz dapat menyampaikan dakwah yang terbaik dalam PKR. Jangan lupakan ambe deh,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai respons terbuka terhadap pelantikan PU Riz yang diumumkan pada Ahad sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai penglibatan golongan pendakwah dalam arena politik.

Terdahulu, PU Riz diumumkan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. 



Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.021830 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top