CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat Azam Baki: Jangan mudah buruk sangka – Anwar Ibrahim

3-3-2026 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 662| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak mudah membuat sangkaan buruk dalam isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memandangkan siasatan sedang berjalan.

Menurut beliau, pendiriannya terhadap isu tersebut masih sama berbanding sebelum menjadi Perdana Menteri, tetapi siasatan yang dilakukan tetap tertakluk kepada proses yang ada.

“Kita jangan buruk sangka, biar siasat dapat fakta. Sama ada Anwar dulu pernah mengemukakan, masih tertakluk kepada proses yang sama. Mesti ada proses siasatan yang telus termasuk pemilikan saham dan tuduhan tomahan tentang mafia korporat. Kedua-duanya tidak ditutup.

“Yang kedua dibangkitkan tentang jenis bentuk siasat siasatan. Saya telah jelaskan dia ikut prosesnya. Dulu mengapa diberikan satu pandangan yang sangat keras terhadap satu pihak padahal kita minta hanya ikut proses,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ((PN-Machang) berhubung pendirian Anwar terhadap Azam yang didakwa berbeza semasa beliau menjadi pembangkang.

Wan Ahmad Fayhsal dalam soalan tersebut mendakwa, Anwar sebelum ini mendesak Azam supaya bercuti untuk membolehkan siasatan dilakukan, tetapi kini seolah-olah melindungi Azam.

Perdana Menteri seterusnya menerangkan bahawa kebiasaannya dalam sebarang pertuduhan terhadap penjawat awam, proses siasatan akan bermula dengan laporan rasmi dan penelitian berdasarkan peraturan perkhidmatan awam.

“Namun dalam konteks ini, skopnya diperluaskan, bukan sahaja dari segi prosedur dan peraturan pentadbiran, tetapi melibatkan penelitian yang lebih menyeluruh. Sebab itu Peguam Negara mempengerusikan proses ini dan kita akan melihat laporan tersebut terlebih dahulu, termasuk isu pemilikan saham serta dakwaan yang dibangkitkan melalui laporan media antarabangsa.

“Saya tidak bersetuju dengan beberapa rujukan yang dibuat, namun oleh kerana terdapat tohmahan, maka wajar untuk kita teliti dan siasat secukupnya. Dari segi prinsip, tidak ada beza antara pandangan saya dahulu dan sekarang, siasat tetap siasat, tetapi mesti mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat dua kaedah siasatan yang digariskan termasuk penelitian di peringkat Pejabat Peguam Negara dan ia boleh dilanjutkan sekiranya didapati siasatan sedia ada tidak memadai.

“Malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita telah putuskan bahawa siasatan boleh diperluaskan sekiranya laporan awal tidak meliputi keseluruhan skop bantahan dan dakwaan yang dikemukakan,” jelas beliau.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-3-2026 11:10 PM
Azambelen kata itu semua pitenah. Amboiii bila kena kat diri dia.


Quote supernaturalee 4-3-2026 08:59 AM
dah elok2 pencen pi terima offer

infact pnh blow up jugak

tp tetapp jugak nk ke depan

takpe, acik2 semua sabar dulu

sbb mcm the x-files, the truth is out there

just wait & see

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.163784 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top