|
PETALING JAYA – Fenomena bulan bertukar jadi merah darah atau gerhana bulan penuh boleh disaksikan oleh orang ramai bermula pada pukul 7.04 petang ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), fenomena ini akan berlaku selama 58 minit dengan kemuncak gerhana berlaku pada pukul 7.33 malam dan fasa penuh akan berakhir pada pukul 8.02 malam. “Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan. “Fenomena ini menyebabkan bulan kelihatan kemerahan,” katanya. Mysa berkata, fenomena ini boleh disaksikan di Asia Timur, Australia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Amerika Tengah. Manakala di Asia Tengah dan sebahagian besar Amerika Selatan, hanya terjadi Gerhana Bulan Separa. Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menasihatkan orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan bermula daripada waktu maghrib hingga 9.17 malam ini. Jelas kenyataan itu, solat sunat berkenaan bagi menghayati fenomena kebesaran Allah disamping sentiasa bermunajab sepanjang fenomena berkenaan. Sumber – KOSMO! ONLINE
|
mejaputih replied at 3-3-2026 01:31 PM
agak2 boleh nmpk terang tak?

hart_attack replied at 3-3-2026 02:05 PM
Kalau langit cerah boleh kot,tp msa ni ols sibuk prepare nk buka puasa dh
mejaputih replied at 3-3-2026 01:31 PM
agak2 boleh nmpk terang tak?
wirazam replied at 3-3-2026 03:14 PM
zmn skrg ni..teknologi dah moden dan hebat...ada tiktoker yg ada teropong hebat..selalu layan tgk ...

Dalcott replied at 3-3-2026 04:54 PM
dah start hujan
wirazam replied at 3-3-2026 03:14 PM
zmn skrg ni..teknologi dah moden dan hebat...ada tiktoker yg ada teropong hebat..selalu layan tgk ...
hyie replied at 3-3-2026 06:13 PM
share tiktok id heshe pliss
mejaputih replied at 3-3-2026 04:12 PM
tp nk tengok sendiri dpn mata
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-3-2026 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071930 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.