CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain, Perancis, Jerman akan sertai perang lawan Iran

3-3-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1061| Komen: 8

 


LONDON – Britain, Perancis dan Jerman menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mengambil ‘tindakan pertahanan yang perlu dan seimbang’ terhadap Iran, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami akan mengambil langkah untuk mempertahankan kepentingan kami dan sekutu kami di rantau ini,” kata kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.

“Ia berpotensi dijalankan dengan membolehkan tindakan pertahanan yang perlu dan seimbang bagi memusnahkan keupayaan Iran untuk menembak peluru berpandu dan dron.

“Kami bersetuju untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu di rantau itu mengenai perkara tersebut,” tambah kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer berkata, London telah menerima permintaan AS untuk menggunakan pangkalan British bagi tujuan pertahanan khusus dan terhad.

“Rakan kongsi kami di Teluk telah meminta kami untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mempertahankan mereka.

“Kami mempunyai jet British di udara sebagai sebahagian daripada operasi pertahanan yang diselaraskan yang telah berjaya memintas serangan Iran,” kata Starmer.

Ujarnya, satu-satunya cara untuk menghentikan ancaman itu adalah dengan memusnahkan peluru berpandu di sumbernya.

“Ia adalah di depoh simpanan mereka atau pelancar yang digunakan untuk menembak peluru berpandu,” katanya.

Starmer berkata, Britain tidak terlibat dalam serangan awal ke atas Iran dan tidak akan menyertai tindakan ofensif buat masa ini. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 3-3-2026 08:18 PM
10 lawan 1..kalau 1-1 agak2 berani buka mulut tak?

Quote Firenzza 3-3-2026 08:31 PM
Yg Britain tu ok la sbb mmg jd pak turut & pak sanggup yg German tu iols pelik, sepatutnya Hitler bagi licin Jews masa dia perintah xde sisa satu pun, tengok la skrg apa sdh jd.....
Quote sharlenetexas 3-3-2026 10:53 PM
Inilah baru bersama sama harungi segala


Quote Decaffeinated 3-3-2026 11:19 PM
Firenzza replied at 3-3-2026 08:31 PM
Yg Britain tu ok la sbb mmg jd pak turut & pak sanggup yg German tu iols pelik, sepatutnya Hitler ba ...

Hitler tu bila rasa nak kalah patut lari ke malaya kot tubuh parti baru mesti ramai nak join.

Quote B40tastePosh 4-3-2026 03:45 AM
Kau pertahankan Ukraine dan Greenland kau tu jelah.

Perang Iraq dulu USA bentuk alliance macam ni lah.... Hujung-hujung hampeh, naik Hezbollah.
Quote ninja boy 4-3-2026 04:23 AM
usa Israel Iran perang lokasi perang kat negara lain pula musnah,
Quote B40tastePosh 4-3-2026 04:31 AM
ninja boy replied at 4-3-2026 04:23 AM
usa Israel Iran perang lokasi perang kat negara lain pula musnah,

Iran musnahkan asset military USA di sekitar negara dia.

Untuk wujudkan Buffer Zone sebelum buat serangan lebih hebat.
Quote TOPwind 4-3-2026 08:22 AM
heran kat negara2 Islam ada kem tentera US

yg boleh musnahkan mereka bila2 masa.

Germany, UK dan France negara kafir tetap benci Islam.

sama mcm kat Msia Keling Pariah dan Cina Tongkang

tetap anti Melayu dan Islam, wpun melayu beri peluang dan beli barangan mereka.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035937 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top