|
Penyanyi Shila Amzah berkongsikan dia mahu membebaskan dirinya daripada segala bentuk hutang serta mengamalkan gaya hidup sederhana.
Menerusi perkongsian di Threads, Shila berkata dia mahu selesaikan hutang kereta dan rumah secepat mungkin serta mengurangkan barangan yang jarang digunakan. “Saya betul-betul nak bebas daripada hutang. Nak habiskan bayar komitmen rumah dan kereta. Selepas itu, saya nak kemaskan dan buang semua barang yang dah tak digunakan lagi. “Sebelum ini pernah juga buat, kalau dalam tempoh dua hingga tiga bulan tidak pakai lagi barangan itu, maksudnya memang tak perlukan dah,” katanya. Sementara itu, Shila mengakui sebelum ini dia sering membuat langganan yang tidak memberi manfaat yang akhirnya dirasakan membazir, malah tidak mahu lagi membeli barang yang tidak perlu. “Banyak juga saya buat langganan yang sebenarnya tiada hala tuju dan tak beri manfaat. Bila fikir semula, memang rasa membazir. “Saya betul-betul nak berhenti membeli barang yang tak perlu. Dulu sebab tak pernah urus dan pegang duit sendiri, bila dah ada kebebasan kewangan saya jadi agak impulsif. “Saya tak bangga dengan sikap itu. Tapi saya sedar, dan saya sanggup ambil langkah besar untuk berubah jadi lebih baik,” katanya. Sumber : Rotikaya
|

cicicumel replied at 3-3-2026 04:52 PM
Pelik kes Xila ni.. patut nya she dah jutawan kot .mana p duit sepanjang duk China?
supernaturalee replied at 3-3-2026 04:17 PM
cadar mesti ketar ketir kan dgn statement ni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-3-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.173186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.