CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dia dah ditangkap sejak 25 Februari, kita ikut undang-undang’ - Diana Danielle

2-3-2026 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3425| Komen: 11

 



Pelakon Diana Danielle meminta orang ramai berpada-pada dalam melemparkan sebarang pandangan dalam media sosial terutama berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu penuntut universiti memijak al-Quran baru-baru ini

Menurut Diana, 36, setiap komen yang ditinggalkan dalam media sosial tidak seharusnya berlandaskan emosi semata-mata tanpa memahami konteks yang sebenar.

“Individu yang hina al-Quran hari itu sebenarnya sudah ditangkap dan ditahan sejak 25 Februari lagi. Jadi dari sudut tindakan undang-undang, proses telah berjalan.

“Bila kita cakap tentang isu ini, walaupun penat dan emosi serta lebih sensitif pada bulan Ramadan, kita masih ada ruang untuk lebih berhati-hati sebelum buat kesimpulan terhadap sesuatu perkara.

“Setakat ini, PM ada respons tentang isu ini tetapi bukanlah dia tuju pada semua. Teguran itu lebih kepada suara-suara yang terus mempersoalkan ‘mana tindakan?’ sedangkan sudah diambil,” katanya dalam platform Threads.

Tambah Diana, orang ramai seharusnya mentafsir setiap kandungan dengan teliti dahulu sebelum memberi respons terhadap mana-mana hantaran media sosial.

“Ada beza antara bertanya untuk dapat kepastian dan membentuk persepsi seolah-olah tiada tindakan langsung.

“Kadang-kadang kita terlalu cepat respons sedangkan fakta sudah ada, mungkin lebih baik kita pastikan maklumat sahih dulu sebelum kita bagi pandangan.

“Sekian daripada saya yang sentiasa mendoakan harmoni antara kita semua,” katanya lagi.

Terdahulu, kecoh apabila seorang penuntut universiti tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan berunsur agama, kaum dan institusi diraja (3R) dalam media sosial.

Penuntut lelaki berusia 21 tahun itu direman selama empat hari minggu lalu mengikut Seksyen 298 kanun keseksaan kerana melakukan tindakan menghina agama lain.

Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.


Sumber:– KOSMO! ONLINE

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 2-3-2026 04:51 PM
Diam la kau melalakkk je keje
Quote AWEKSAMURAI 2-3-2026 08:23 PM
Wow kelas non jubo .. hantar wakil artis2 bekap .... bodoh dorang ni bukan pijak surat beranak ko .. dorang pijak AL QURAN bodoh ...
Quote likilu 2-3-2026 10:44 PM
Ingatkan nak bg review tangkapan farid kamil

So siapa kena tangkap haritu
Quote kokomoon 3-3-2026 08:00 AM
Kau siapa?
Quote prince_marhaen 3-3-2026 09:13 AM
ingatkan komen pasal kacip kamil.... tibehhhh jadi spokesperson kerajaan....
Quote marchikobonzo 3-3-2026 10:58 AM
Ingat cakap pasal ex-h
Quote supernaturalee 4-3-2026 09:51 AM
likilu replied at 2-3-2026 10:44 PM
Ingatkan nak bg review tangkapan farid kamil

So siapa kena tangkap haritu

kan

masuk sini igtkan die refer pd fk


Quote cm_vungtau 4-3-2026 12:50 PM
Jap hari tu yang kena tangkap tu ex laki dia ke?
Quote Blu3butter 4-3-2026 04:29 PM
La... Ingatkan sembang pasal FA
Quote rayray28 4-3-2026 08:03 PM
cm_vungtau replied at 4-3-2026 12:50 PM
Jap hari tu yang kena tangkap tu ex laki dia ke?

Org speku je tp mcm bukan sbb hr sama ke esoknya fk buat live mcmnk tunjuk bkn dia..xtau laa hahahaa
Quote Tinot7 4-3-2026 08:15 PM
rayray28 replied at 4-3-2026 08:03 PM
Org speku je tp mcm bukan sbb hr sama ke esoknya fk buat live mcmnk tunjuk bkn dia..xtau laa hahah ...

Kat threads, org kata mmg dia.. deme habaq bideo dah shoot awai2, so uplod masa dok dlm.. itu sumer org kata la.. iols takleh cari komen2 ni kat threads lagi sbb dah terkubur...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.186951 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top