CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis panggil Arun Dorasamy susulan isu Kuil Rawang - “Kita sedang jalankan siasatan dan kes ini dirujuk sebagai ROR (refer other report)"

2-3-2026 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 667| Komen: 0

 



SHAH ALAM – Polis Selangor akan memanggil seorang lelaki dikenali Arun Dorasamy untuk dirakam keterangan susulan beberapa laporan diterima berhubung isu kuil di Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan daripada pelbagai individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Arun mengenai isu berkenaan.

“Kita sedang jalankan siasatan dan kes ini dirujuk sebagai ROR (refer other report), iaitu merujuk kepada laporan awal berkaitan isu kuil terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau menambah, polis turut menerima satu laporan daripada pengurusan kuil berhubung perobohan binaan haram di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra.

Dalam perkembangan berlainan, Shazeli berkata, pihaknya masih menunggu arahan penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kertas siasatan dirujuk kepada mereka berhubung kes 12 anggota polis yang disiasat mencuri mata wang kripto warga China.

“Kita juga masih menunggu laporan forensik digital. Ia masih peringkat siasatan dan belum lengkap lagi.

“Mereka (12 anggota polis) direhatkan daripada tugas-tugas aktif di lapangan,” jelasnya.

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.028171 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top