CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 6 bulan bersihkan, ‘harta’ warga emas kembali menimbun - “Pak cik ini ada masalah kesihatan mental, suka kumpul barangan terpakai"

2-3-2026 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1466| Komen: 15

 



JOHOR BAHRU – Baru enam bulan dibersihkan, seorang warga emas kembali kepada tabiat lama mengumpul ‘harta’ di sekitar kawasan rumahnya di Taman Sentosa di sini sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jiran tetangga.

Seorang penduduk, Jamaludin Kasbi, 56, berkata, isu itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman jiran, malah menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan seperti risiko kebakaran dan ancaman kesihatan.

“Pak cik ini ada masalah kesihatan mental, suka kumpul barangan terpakai seperti kotak, plastik, botol dan sebagainya. Dia beritahu nak jual tapi bila dah banyak macam ini, ia boleh mengundang masalah lain.

“Boleh berlaku risiko kebakaran yang teruk, mungkin boleh jadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan denggi boleh merebak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut lelaki itu, sebelum ini, sepasukan 50 sukarelawan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) turun padang bergotong-royong membersihkan rumah warga emas tersebut pada Julai tahun lalu.

“Sebanyak 32 tan sampah dikumpulkan dan rumahnya kembali lapang serta teratur. Kami harap pihak berkaitan dapat mengambil langkah lebih berkesan bagi menangani isu ini agar tidak berulang demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kawasan Taman Sentosa/Taman Pelangi, Sally Ng Lied Ying berkata, sikap segelintir individu yang masih menghantar perabot dan barangan lama kepada warga emas itu turut menyumbang kepada masalah tersebut.

“Setiap minggu saya minta lori kutip sampah di rumah warga emas berkenaan dan hasil jualan barangan terpakai diserahkan kepadanya. Namun disebabkan cuti Tahun Baharu Cina, lori tidak dapat menjalankan tugas, menyebabkan sampah kembali bertimbun,” ujarnya. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-3-2026 08:30 PM
penyakit hoarder ni kena jumpa doktor, kaunseling/ psikiatrist jugak ke?

kampung iols dulu ada sorang pakcik tua gini
anak dia sampai macam separuh tak betul. penat layan bapaknye dok bawa balik sampah
Quote ultra78 2-3-2026 08:44 PM
Elok la tempatkan pakcik ni dipindahkan ke tempat pelupusan sampah. Mesti dia bahagia di sana..
Quote gigahertz 3-3-2026 01:39 AM
ultra78: Elok la tempatkan pakcik ni dipindahkan ke tempat pelupusan sampah. Mesti dia bahagia di sana..

mak i kumpul bekas plastik kuih raya. hari tu masa pindah dah buang
ni dia kumpul balik. kadang dia gi cuti. i bakar senyap senyap.
Quote MsKathryn 3-3-2026 01:44 AM
Teruknya… dh xde rupa rumah
Quote TomyamPuteh 3-3-2026 06:35 AM
Ni mesti spesies angkol ni.
Quote midori888 3-3-2026 07:27 AM
kesian kat jiran2 lah...org ramai pun sama mengalakkan pakcik ni dgn hantar barangan terpakai kat dia..dah takde family ke pakcik ni?
Quote kechikchomel 3-3-2026 07:35 AM
Macam mana dia masuk rumah tu? Ikut pintu belakang? Ikut bumbung?

Quote ragazza 3-3-2026 07:37 AM
Kalau hujan rosak kotak2 tu
Quote hart_attack 3-3-2026 07:38 AM
Pintu masuk kt mana ye?
Katanya news keluarga ada dkt singapore,pkcik ni sorg² kot. Jiran pun ada jugak bg brangan perabot.
Rumah sbelah kiri nmpk mcm x de penyewa,sblah kanan ada
Quote supernaturalee 3-3-2026 08:15 AM
PULANGKAN replied at 2-3-2026 08:30 PM
penyakit hoarder ni kena jumpa doktor, kaunseling/ psikiatrist jugak ke?

kampung iols dulu ada sora ...

kt us ada tv show psl hoarders ni

mmg dorg hntr pi kaunseling, jumpa pakar bagai lepas sesi clearkan all the junks

ada segelintir yg manageable lps lalui sesi clearance tu

but mostly mmg back to habit asal



dorg ni jgk sejenis degil, arrogance, selfish

semua brg die sentimental value

tak boleh nk alih2 sesuka hati, nk buang sesuka hati

semuanya nk kena pujuk dulu, dptkn consent dulu...baru laaa boleh nk gerakkan sampah die tu


geram je nengok

but at the same time kesian sbb obviously mental tak stable

dah terlalu lama in that state

nk sedarkan dorg bukan senang; semudah angkat, buang, clear dan bersih

it's hard

die ni continuos process

tp sape je ada masa nk hadap org mcm ni kan

intervene sekali tu pun caye lah, after mcm2 consideration dan dah sampai tahap boiling point kot


Quote talapia 3-3-2026 09:43 AM
supernaturalee replied at 3-3-2026 08:15 AM
kt us ada tv show psl hoarders ni

mmg dorg hntr pi kaunseling, jumpa pakar bagai lepas sesi clear ...

biasanya orang2 tu yg macam ni.. tapi mungkin belum sampai level hoarders la..
mak2 nenek2 kan perangainya mcm tu.. kumpul plastik container bersusun2.. bukan pakai pon..
pinggan mangkuk dah sumbing pon pakai lagi.. sayang nak buang katanya..

samala uncle ni.. tapi tahap melampau la..
bagus jiran yg suruh lori sampah kutip n jual barang2 dia tu..
tapi melampaula.. orang dah tlg kemaskan tahun lepas.. jadi balik mcm ni.
dia tak rasa tu satu masalah sebenarnya. tu pasal dia continue..
nak kena buat 1 tindakan drastik yg mmg jadi masalah pada dia..
baru dia mungkin akan stop

geram je nak bakar segala mende sampah2 tu..
tapi kang risau melarat ke rumah kiri kanan
macam nak buat controlled fire ke camtu..
time dia takde kat umah.. bakarkan sikit barang2 kt depan umah dia tu..
agak2 dah tinggal kesan.. siram la air cepat2 jangan sampai merebak
Quote shamsadis 3-3-2026 09:57 AM
kena hantar pusat pemulihan mental, dikawal, agar kejadian sama tidak berulang.
Quote cmf_almondpecan 3-3-2026 10:02 AM
Nampaknya ahli majlis ada usaha hantar lori kutip sampah pakcik tu dan tolong jualkan, duit jualan pakcik tu dapat. Tapi lori tu tak pergi seminggu sebab CNY. Seminggu lebih dah bertimbun macam ni. Mungkinkah juga usaha murni dan niat baik ahli majlis secara tak sengaja menggalakkan pakcik ni lebih ghairah kumpul sampah sebab dapat jual dengan mudah?
Quote PULANGKAN 3-3-2026 05:01 PM
supernaturalee replied at 3-3-2026 08:15 AM
kt us ada tv show psl hoarders ni

mmg dorg hntr pi kaunseling, jumpa pakar bagai lepas sesi clear ...

i see. kira susah jugak la ye kes macam ni. diorang rebound balik
nak follow up setiap seorang, jenuh. dah la staff sentiasa tak cukup tangan.. hmm, what to do, what to do..

dari segi undang-undang, i wonder if ada law pasal hoarders ni. apart from menggugat kesejahteraan orang awam. sebab kat kampung iols, ada rumah hoarder ni, penah nampak anak ular keluar masuk pagar dia, seram weyh
Quote supernaturalee 4-3-2026 08:09 AM
cmf_almondpecan replied at 3-3-2026 10:02 AM
Nampaknya ahli majlis ada usaha hantar lori kutip sampah pakcik tu dan tolong jualkan, duit jualan p ...

enablers




Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046115 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top