|
Pelakon, Uqasha Senrose, 34, menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 40, kerana sudi meluangkan masa membawa puteri mereka, Hawra Uqaira untuk bersiar-siar. Menerusi hantaran di Instagram Story semalam, Uqasha memuat naik video yang memaparkan Hawra teruja melihat beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium. "Terima kasih Ayah (Kamal) bawa Qeyaa (Uqaira) jalan-jalan. Maaf anak ibu, (ibu) shoot (ada penggambaran dari) pagi ke pagi. Nanti Bubu (ibu) bawa Qeyaa (Uqaira) pula," tulisnya di Instagram Story. Dalam hantaran lain, Uqasha turut memuat naik sebuah foto anak tunggalnya sedang duduk di sebuah meja. "Spend time (luangkan masa) atau bonding time (masa mengeratkan hubungan) ayah dan anak daranya," tulisnya lagi. Terdahulu, Uqasha dan Kamal bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 20 bulan. Sumber: Harian Metro
|
babelina replied at 2-3-2026 03:40 PM
elok la.. muafakat.. jgn pula tiba shot wayar ko.. ckp yg bkn2 pula..

telracs replied at 2-3-2026 06:49 PM
Err... hahaha... adehsssssss...
Apa pun, di bulan Ramadan yang mulia ini, saya juga turut mendoak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-3-2026 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057348 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.