CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 dituduh di mahkamah esok

2-3-2026 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 744| Komen: 1

 



Shah Alam: Empat suspek kes curi tabung Masjid Seksyen 7, di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, arahan pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan sudah diterima pihaknya.

Katanya, siasatan mendapati tindakan suspek terbabit memang bermotifkan curi berikutan terdesak mahukan wang dan tidak membabitkan sebarang elemen provokasi atau sifat lain.

"Dalam kejadian itu, kerugian dianggarkan berjumlah RM450. Ini kerana aktiviti infaq dan sumbangan tabung masjid itu menggunakan kaedah transaksi pembayaran respons pantas (QR).

"Ini juga salah satu inisiatif yang bagus daripada pihak masjid," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

 Dalam pada itu, Shazeli turut menasihatkan seluruh ahli jawatankuasa surau atau masjid juga dinasihatkan untuk memberi perhatian mengenai penyelenggaraan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, ini kerana rakaman CCTV adalah 'starting point' kepada polis untuk menjalankan tindakan.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesan sekumpulan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terbabit dengan kejadian curi tabung masjid terbabit pada 22 Februari lalu.

Berikutan itu, operasi polis dijalankan pada 22 dan 24 Februari lalu antara jam 12.30 tengah malam hingga 3 pagi membabitkan serbuan di Seksyen 13, Shah Alam; hadapan Sky Suite KLCC, Arte Subang West dan Pangsapuri Tanjung, Seri Kembangan berjaya memberkas empat lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 26 tahun.

Semakan mendapati, semua suspek mempunyai rekod lalu berkaitan jenayah dan dadah, manakala salah seorang suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada pasukan Polis Selangor atas tindakan pantas dan berkesan dalam menahan pelaku-pelaku kejadian curi tabung Masjid Seksyen 7.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin secara khusus menzahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol. 

Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 3-3-2026 01:41 AM
geng capati kan yang curik tabung tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.172937 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top