CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penutupan Selat Hormuz ancaman besar ekonomi dunia

2-3-2026 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1066| Komen: 9

 



Kuala Lumpur: Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang semakin memuncak ketika ini berpotensi menggugat kestabilan ekonomi global sekiranya konflik bertukar menjadi lebih serius. Penganalisis melihat impak awal mungkin terhad, namun risiko sebenar bergantung kepada sejauh mana ia menjejaskan laluan perdagangan strategik dunia.

Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan & Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ancaman paling membimbangkan ialah kemungkinan penutupan Selat Hormuz yang mengendalikan kira-kira 20 peratus perdagangan minyak global.

Katanya, sebarang gangguan di laluan itu akan memberi tekanan besar kepada harga minyak mentah dunia.

"Kenaikan mendadak harga komoditi berkenaan bukan saja menjejaskan negara pengimport tenaga, malah memberi kesan berantai kepada kos pengangkutan, logistik dan harga barangan pengguna.

"Selat berkenaan menjadi laluan utama eksport minyak dari negara Teluk seperti Arab Saudi, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu. Justeru, sebarang ketegangan ketenteraan di kawasan itu berisiko mencetuskan ketidaktentuan pasaran kewangan serta tekanan inflasi global," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Tentera Pertahanan Israel (IDF) dengan kerjasama Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan mengejut ke atas Iran 28 Februari lalu.

Susulan itu, Iran mensasarkan aset AS di beberapa negara Arab di Teluk sebagai tindak balas kepada serangan besar-besaran oleh AS dan Israel ke atas negara itu.

Mengulas kesiapsiagaan Malaysia, Noor Nirwandy menambah, kerajaan dijangka menilai pilihan alternatif termasuk mempelbagaikan rakan dagang dan sumber bekalan tenaga sekiranya konflik berpanjangan.

"Langkah itu penting bagi memastikan kestabilan dagangan eksport dan import negara terus terpelihara.

"Dalam masa sama, Malaysia perlu memainkan peranan diplomatik lebih aktif di pentas antarabangsa bagi menegaskan kepentingan penyelesaian damai," katanya.

Katanya, pendekatan berkecuali dan konsisten dalam menyeru keamanan dilihat mampu mengurangkan ketegangan serta melindungi kepentingan ekonomi negara," katanya.

Noor Nirwandy berkata, perkembangan terkini sebagai cabaran besar kepada sistem keselamatan global, khususnya peranan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekang tindakan unilateral kuasa besar.

"Keadaan itu memberi gambaran bahawa mekanisme sedia ada berdepan kekangan dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.

"Konflik berpanjangan boleh mencetuskan polarisasi antara blok kuasa besar dan negara lain, sekali gus menyemarakkan sentimen ideologi serta risiko radikalisasi di beberapa rantau," katanya.

Katanya, negara membangun perlu menilai tahap kesiapsiagaan pertahanan masing-masing dalam menghadapi kemungkinan konflik luar jangka.

"Dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu, keseimbangan antara diplomasi, ekonomi dan keselamatan menjadi kunci bagi mengelakkan kesan lebih buruk kepada kestabilan serantau dan global," katanya.


Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 2-3-2026 03:06 PM
Kalu harga petrol naik melambung:
Maintain subsidi 1.99 for rakyat.
Asing worangs bleh bayar ikut fluctuation harga pasaran 5.40 seliter. Kalu tak suka pegi balik kampung ko.
Pembangang pakar ekonomi kalu very concern about warga asing bleh waqaf duit ko sara warga asing.
Quote Decaffeinated 2-3-2026 03:22 PM
Mana boleh suka2 tutup selat macam bapak dia punya. Kalau canal macam Suez atau Panama tu masuk akal la juga.
Quote Dwdrum 2-3-2026 03:25 PM
Pergi bomb gulf countries... Lagi la depa cari trump untuk beli weapon and ask for security...

During war... Stock perlu di focus... Energy.. Defense.. Gold and silver... Hehehe
Quote vanilacup 2-3-2026 04:00 PM
X boleh bayangkan jika keadaan mendesak harga minyak utk pengguna kena bayar tanpa subsidi...
Memang satu dunia akan tanggung kesan ini tak boleh nak elak dah...
Quote delia3003 2-3-2026 04:43 PM
Perang ni pun macam panjang lagi, UK pun dah bagi US kebenaran untuk guna military bases dia kat gulf countries. France German pun sokong US  Kegilaan apakah ni.
Quote kemaruk 2-3-2026 05:09 PM
semata mata nak cover kes epstein, habis satu dunia terkesan

yang sewel2 je masih sokong trump
Quote mariane 2-3-2026 05:10 PM
Konflik nie kalau lama lagi, harga minyak pun naik. secara tak langsung, barang, pengangkutan, bahan mentah semua naik harga. Naik EV la semua mcm nie.
Quote rikiruj 2-3-2026 08:10 PM
Gulf countries bagi US letak base kat negara depa konon2 untuk keselamatan negara tapi jadi sebaliknya.. US apader hal, tu military base je.  Depa serang guna front base, bila Iran retaliate dia takde capacity attack mainland US.. yg tercapai cuma front base je.. hmm merasalah.  
Quote manopBKK 2-3-2026 10:56 PM
The Pedo Protector..sudah terciduk

[twitter]https://twitter.com/sprinterpress/status/2028414226641912041?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/joedaactivist/status/2028341417441939573?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2026 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.317453 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top