CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RASMI: Iran Umum Ayatollah Khamenei Terbunuh

2-3-2026 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2602| Komen: 36|Original author: Mahathirina

 



Tehran: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh dalam gelombang awal serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Iran, pada Sabtu.

Televisyen kerajaan Iran mengesahkan kematian Khamenei pada awal Ahad, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pembunuhan ulama berusia 86 tahun itu.

Susulan itu, Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh cuti umum.

"Dengan kesyahidan pemimpin tertinggi itu, jalan dan misinya tidak akan hilang mahupun dilupakan, sebaliknya, ia akan diteruskan dengan lebih gigih dan bersemangat," kata seorang penyampai televisyen kerajaan ketika menyampaikan berita berkenaan. 

Tentera Israel berkata, serangan sama turut mengorbankan Ali Shamkhani iaitu Penasihat Kanan kepada Khamenei, serta Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Jeneral Mohammad Pakpour.


Selain Khamenei, media Iran melaporkan bahawa anak perempuan, menantu lelaki dan cucu perempuannya juga terbunuh di lokasi sama. 

Seorang tokoh kanan yang terselamat dalam serangan itu, Ali Larijani iaitu Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, berikrar untuk terus menentang.

"Tentera yang berani dan rakyat Iran akan memberikan pengajaran yang tidak akan dilupakan kepada penindas antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 201 orang terbunuh dalam serangan AS dan Israel, di beberapa lokasi di Iran, semalam, manakala lebih 700 lagi cedera.

Badan kehakiman Iran berkata, satu serangan yang disasar ke sebuah sekolah di selatan negara itu mengorbankan 108 orang, namun AFP tidak dapat mengakses lokasi berkenaan untuk mengesahkan angka korban atau keadaan sebenar kejadian.

Serangan itu berlaku beberapa minggu selepas pihak berkuasa Iran bertindak keras terhadap protes besar-besaran, yang mengorbankan ribuan orang.

Iran membalas serangan pada Sabtu itu dengan melancarkan gelombang peluru berpandu dan dron di seluruh Asia Barat, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di Abu Dhabi dan seorang lagi di Tel Aviv, ketika letupan menggegarkan bandar-bandar utama negara Teluk.

Sementara itu di Israel, jalan-jalan bandar kelihatan lengang ketika penduduk berlindung di tempat perlindungan, manakala bunyi letupan peluru berpandu Iran yang dipintas bergema di udara.

Perkhidmatan kecemasan Israel berkata, satu serangan peluru berpandu Iran mengorbankan seorang wanita di kawasan Tel Aviv dan kira-kira 20 orang lagi cedera.

Letupan kuat sekali lagi kedengaran di Tehran pada awal pagi Ahad, ketika Trump berikrar tidak akan menghentikan serangan sehingga kejatuhan republik Islam itu dan menggesa pasukan keselamatan supaya tidak melawan.

"Ini adalah peluang terbesar bagi rakyat Iran untuk mengambil kembali negara mereka," kata Trump dalam satu kenyataan.



Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-3-2026 02:01 PM
takziah

kalau menurut ajaran sunni, syiah ni kafir baik ka jahat eh?
Quote cmf_almondpecan 1-3-2026 02:15 PM
Decaffeinated replied at 1-3-2026 02:01 PM
takziah

kalau menurut ajaran sunni, syiah ni kafir baik ka jahat eh?

Kalau menurut majlis fatwa, JAKIM, majlis2 agama negeri2 dalam fatwa2 dan keputusan2 yang telah diwartakan, syiah imam dua belas atau ithna asyaariyyah atau twelver imam shiism iaitu mazhab yang dipegang oleh Iran adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Quote Decaffeinated 1-3-2026 02:17 PM
cmf_almondpecan replied at 1-3-2026 02:15 PM
Kalau menurut majlis fatwa, JAKIM, majlis2 agama negeri2 dalam fatwa2 dan keputusan2 yang telah di ...

in other words kafir lah kan? harbi ka tak?

Quote FOTHER-MUCKER 1-3-2026 02:21 PM
Sekejap kata mati sekejap kata tak mati!
Quote silance 1-3-2026 02:25 PM
Sementara itu yang sunni mati katak eksiden waktu seludup minyak masak. Atau mati katak sakit jantung nampak sprm tumpang parked keta depan pagor.

Pokcik ZRA dah ulang banyak kali melalui pengalaman dia bagaimana orang shiah membantu palastine sejak puluhan tahun dulu. Sanggup angkat senjata untuk mereka.

Sedih. Harap ini bukan angkara pengkhianat kat dalam tu.
Quote borne 1-3-2026 03:37 PM
BBC potong part melolong2.  Full version:

[twitter]https://twitter.com/LauraLoomer/status/2027975592646160860[/twitter]
https://x.com/LauraLoomer/status/2027975592646160860
Quote plywood 1-3-2026 03:41 PM
cmf_almondpecan replied at 1-3-2026 02:15 PM
Kalau menurut majlis fatwa, JAKIM, majlis2 agama negeri2 dalam fatwa2 dan keputusan2 yang telah di ...

apa pandangan syiah iran terhapa suni pulak? kafir jugakah?
Quote cmf_almondpecan 1-3-2026 04:03 PM
plywood replied at 1-3-2026 03:41 PM
apa pandangan syiah iran terhapa suni pulak? kafir jugakah?

Biasanya para pengikut syiah menganggap sunni sebagai saudara seagama yang tersilap langkah sebab dikelirukan oleh ulama sunni berkaitan imam2 yang selayaknya selepas kewafatan Nabi saw.
Quote cmf_almondpecan 1-3-2026 04:04 PM
Decaffeinated replied at 1-3-2026 02:17 PM
in other words kafir lah kan? harbi ka tak?

Tak tau la harbi ke tidak. Kalau Iran dok bagi funding kat kawan2 yang berperang dengan saudi misalnya, dikira harbi la agaknya oleh saudi.
Quote kemaruk 1-3-2026 04:38 PM
Nak ucap alhamdulillah ke alfatihah
Quote kemaruk 1-3-2026 06:07 PM
cmf_almondpecan replied at 1-3-2026 04:03 PM
Biasanya para pengikut syiah menganggap sunni sebagai saudara seagama yang tersilap langkah sebab  ...

Benda ni politik je, bukan berkaitan dengan akidah pon

Serupa macam dulu PAS cemolot dengan DAP, maka umno dicop kafir
Quote cmf_jeangrey 1-3-2026 06:20 PM
Innalillahiwainnailaihi rojiun
Quote Prahara 1-3-2026 06:54 PM
Nak berduka apatah lagi nak berkabung macam tak kena juga. Ayatollah ini sokong palestin tapi dalam masa yang sama dia pun bunuh orang syria macam israhell buat dekat palestin
Quote delia3003 1-3-2026 07:02 PM
Edited by delia3003 at 1-3-2026 07:18 PM

رَاجِعُونَ إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ

Meninggal dalam mempertahankan kedaulatan negara sendiri di bulan Ramadhan.

Sementara setanyahu lari mencirit tinggalkan cisrahell dan anak dia aman² cikcur kat Miami.

Anak arwah yang disebut² bakal ambik alih tampuk kepimpinan ada mirip arwah.
Quote Farnor 1-3-2026 07:11 PM
Siapa nama ank arwah ni yg akan ambil alih tampuk pemerintahan nanti.
Quote plywood 1-3-2026 08:17 PM

[twitter]https://twitter.com/Eng_china5/status/2028036841711206686[/twitter]
https://x.com/Eng_china5/status/2028036841711206686
The Israeli army releases footage of the moment the Iranian Supreme Leader Ali Khamenei was targeted at his residence.
The residence in central Tehran was completely destroyed.
Quote dua_chzy 1-3-2026 08:32 PM
Eh baru aku tanya kat thread sebelah, dah ada jawapan.

Takziah atas pemergian.
Quote dua_chzy 1-3-2026 08:33 PM
Decaffeinated replied at 1-3-2026 06:01 AM
takziah

kalau menurut ajaran sunni, syiah ni kafir baik ka jahat eh?

Jahat.

Tapi meka ja ada balls bom Yahudi.

Harapkan UAE, emhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Quote kakikuDibibirmu 1-3-2026 09:18 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

ayat holy koran 2:156

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.118431 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top