CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Tahun Puasa Seorang Diri, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Kubur Arwah Isteri

2-3-2026 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1072| Komen: 4

 



Menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta buat tahun kedua, pelakon Harun Hashim berkata dia tidak pernah terlepas menziarahi pusara arwah isterinya setiap hari.

Memetik Astro Gempak, Harun berkata disebabkan itu rumahnya berdekatan dengan pusara arwah isterinya kerana mudah untuk datang setiap hari.

“Dah dua tahun saya berpuasa seorang diri dan saya lagi sanggup berseorang di rumah daripada pergi berjalan ke luar.

“Kubur dia, hari-hari saya pergi dan sebab itulah rumah saya dekat dengan kawasan kubur.  Kecuali kalau saya keluar tidur rumah kawan atau ada penggambaran hingga lewat malam, itu tidaklah ke kubur. Orang nak kata apa, katalah tapi saya sayang dia sangat-sangat,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata kehilangan isterinya amat dirasai meskipun sudah dua tahun pemergiannya apatah lagi mereka sentiasa bersama ke mana-mana.

“Sebelum ini kalau pergi mana-mana saya dengan dia berdua saja. Saya memandu, dia akan duduk di sebelah sambil tengok aplikasi Waze.

“Saya ini pelupa orangnya jadi dia kena selalu ada bersama saya. Jadi, amat terasalah kehilangan dia,” katanya.

Isteri kepada Harun iaitu Allahyarhamah Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2024 akibat kanser payudara tahap empat.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vender 2-3-2026 09:48 AM
Hensem dia ni time muda..
Quote noor2 2-3-2026 12:46 PM
Subhanallah....
Quote sue_liah 3-3-2026 02:53 PM
dia xda anak2 ke..kesian nya kalau melalui hari tua berseorangan
Quote bottombikini 3-3-2026 07:24 PM
nampak tua sangat dah ye
masa muda2 can do jugak la saing2 hilal azman

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072880 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top