CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ramai Wanita Ke Masjid Tapi Tak Pakai Stoking…Nak Buat Pahala Tapi Jadi Dosa Sia-Sia” - Isa Khan

27-2-2026 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3492| Komen: 56

 


Pelakon Isa Khan menegur segelintir wanita yang ke masjid serta menunaikan solat tarawih mengenai aurat terutamanya bahagian kaki.

Menerusi perkongsian di Threads, Isa berkata ramai yang ke masjid namun tidak menutup aurat dengan sempurna kerana tidak mengenakan stoking.

 

Isa turut mempersoalkan adakah para wanita tidak tahu bahawa kaki perempuan adalah aurat serta mengingatkan tujuan ke masjid untuk menambah pahala.

“Banyak wanita Islam di Malaysia yang pergi ke masjid pada bulan Ramadan ni untuk iftar dan tarawih, tapi tak pakai stoking. Kaki perempuan tu aurat, takkan tak tahu?


“Sebab tu agama perintahkan kaum wanita ni lebih baik solat dekat rumah je kalau tak mampu nak jaga aurat dengan sempurna, dari nak buat pahala kat masjid akhirnya hanya menjadi dosa yang sia-sia,” katanya.

Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran berkenaan serta mengucapkan terima kasih atas nasihat tersebut.



SUMBER  – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 28-2-2026 02:47 AM
Kau pergi masjid gigih tgk kaki pompuan sape tak berstoking,bini sendiri tak bertutup aurat. Bini sendiri tak mampu tegur.
Quote ninja boy 28-2-2026 03:37 AM
Edited by ninja boy at 28-2-2026 07:23 AM

Hina betul jadi wanita taw sudahle solat di rumah dapat pahala 1 lelaki solat di masjid dapat 27 macamana pompuan nak kumpul pahala, tolak x solat period 7hari, tolak mengungkit sana sini malaikat delete pahala, tolak aurat x tutup sempurna, disuruh sedekahkan anting2 brg kemas mengaji dll utk cover pahala x cukup, hujung2 perempuan tetap dikata masuk neraka, adakah perempuan patut dibunuh selepas lahir
Quote Fazzbulous 28-2-2026 06:24 AM
tgur fmly sndri dlu kot..ur sis pn free hair..bini pn free hair...ipar2 pn free hair..blom masuk hal tatu ur brother lg..slalunya gitu la kalau org bru mndlmi islam..trus cop org sana sini..judge org..
Quote Skyline_84 28-2-2026 07:06 AM
Suka judge org eh... Tgk la fmly sendiri dlu bro.... Ni nk acah2 nd versi jantan kee
Quote Aribaariba 28-2-2026 08:41 AM
Skyline_84 replied at 28-2-2026 07:06 AM
Suka judge org eh... Tgk la fmly sendiri dlu bro.... Ni nk acah2 nd versi jantan kee

Ambik la nd jd bini ke2. Dan Pasti akan jd the only bini, soon.
ND pun nk laki yg 'baik'
Quote zehra2 28-2-2026 08:56 AM
ler.. stokin aje ke pengukur nya..
Quote blue_blur 28-2-2026 09:19 AM
yang ko tengok perempuan kat masjid dah kenapa? sembang baik sangat. spesis macam ni la perempuan paling kena berhati2...
Quote marchikobonzo 28-2-2026 09:38 AM
Yihhhh
Quote Jiyongie88 28-2-2026 09:54 AM
Die ni dh knpa. Bini tu dh berubah ke blom ekkk
Quote Managerara 28-2-2026 09:56 AM
cuba lagi bangggg
Quote Unagi 28-2-2026 10:14 AM
dia ni dah jadi mcm c tarek tu...semua nak komplen bagai...
Quote sukacactus 28-2-2026 10:14 AM
Semenjak dua menjak ni kannn….
Quote annehuda 28-2-2026 10:30 AM
Kenapa lelaki bila temui agama je skit benda pertama dia buat mesti nak kecam perempuan? Kenapa ko taknak kecam kaum ko sendiri yg tak puasa, tak solat jumaat, yang jadi biawak taknak bayar nafkah anak,yg rogol anak org, etc?
Quote honam 28-2-2026 10:34 AM
alhamdulillah, dah nampak gaya mcm Dai
Quote Lampuled 28-2-2026 11:41 AM
Siapa bini dia?
Dia pegi masjid mana yg sempat membelek kaki wanita ni? Bahaya pulak kalau ada laki gini kat masjid. Org lain jln kat masjid laju masuk bahagian lelaki celah mana sempat nk tgk kaki perempuan ni? Awak jaga depan pintu masuk ke?
Quote red_velvet 28-2-2026 12:15 PM
Dia lupa gambar2 n video berlendir dia ngan bini sblm kawin duli. Cakap macam sucii je.. Sbb tu Allah perintahkn Nabi Muhammad berdakwah sembunyi2 dgn keluarga & sahabat sendiri dulu lepas terima wahyu yang pertama. Lepas 3 tahun baru Allah perintahkn Nabi berdakwah cara terbuka.. Hikmah ya nak persiapjan nabi dgn dugaan, ujian & hikmah berdakwah.. Kau pulak baru belajar fiqh n fardu ain berapa bulan dah judge orang, dah kabel itu dosa Ini dosa, dah jadi PA Tuhan tau ibadah semua jadi sia2.. Nabi dulu klo berdakwah cara menghukum camni rasa Islam mampu berkembang ke tak? Punya lembut nabi berdakwah sampai kena baling batu, baling tahi nabi tetap sabar... G belajar balik la is a, bini n adik ipar ko pun tayang lutut tayang peha..
Quote Skyline_84 28-2-2026 12:45 PM
Aribaariba replied at 28-2-2026 08:41 AM
Ambik la nd jd bini ke2. Dan Pasti akan jd the only bini, soon.
ND pun nk laki yg 'baik'

Dia ni keje apa?? Biawak ke? Nk kata pelakon tk nmpk muka pun.... Nak ke nd kawen dia ni if no money??? Nt nd tinggal je mcmtu..
Quote Skyline_84 28-2-2026 12:46 PM
annehuda replied at 28-2-2026 10:30 AM
Kenapa lelaki bila temui agama je skit benda pertama dia buat mesti nak kecam perempuan? Kenapa ko t ...

Sibuk tgk kaki org hitung pahala dosa.. Yg jantan pegi lepak sejid hisap rokok puihh puihh tu ko tknk tegur pulak... Rokok pun haram kan...
Quote boudinniA 28-2-2026 01:22 PM
Lelaki memang macam ni. Bila perasan dah terpaling tahu ilmu agama mesti serang orang perempuan. Theyols tak berani nak tegur kaum sendiri. Ada theyols nak tegur lelaki2 yang tak bekerja, lelaki2 lemah yang sikit2 stress lepas tu berhenti kerja senang-senang je tinggalkan beban pada isteri. Lelaki2 yang ambil mudah tanggungjawab sebagai suami dan ayah,...banyak kes begini. Lelaki yang dedah aurat pergi mana2 pakai seluar pendek atas lutut, seluar ketat. Lelaki2 yang solat jumaat tapi tak solat 5 waktu. Yang tak puasa. Lelaki2 yang lakukan jenayah bunuh, rogol, bunuh keluarga sendiri...Banyak lagilah.
Berani ke nak cop lelaki2 macam ni telah buat dosa.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top