|
Perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya dipercayai berada di Milan berdasarkan lokasi yang dikongsikan. Apa yang menjadi perhatian penampilan Ameera yang dilihat mengenakan skirt lace namun kelihatan dipadan bersama baju seolah romper. Difahamkan, Amira berada di Milan bagi menghadiri acara pertunjukan fesyen satu jenama mewah dan kelihatan ramai jurugambar mengambil fotonya. Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan pempengaruh itu, namun ada yang mempersoalkan fesyen apa yang digayakan oleh Ameera. Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan Ameera mengenakan baju seperti romper bayi.
SUMBER – Rotikaya |

lanacondor replied at 28-2-2026 12:23 AM
Dik pergilah sambung belajar.. apply apa2 course.. mgkin nanti terbukak sikit minda..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.111094 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.