CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Dah Nak Cerai Dengan Fuad, Saya Curang Lelaki Lelaki Lain” – Tom

27-2-2026 11:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4838| Komen: 37

 


Penyanyi Tom menjadi perhatian ramai apabila mendakwa bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Tom mendakwa masalah rumah tangganya berlaku disebabkan kecurangannya dengan lelaki lain. Tom turut meminta agar tiada pihak yang mencarinya atau mengganggunya selepas ini.

 

“Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.

“Aku besar punya permpuan gatal., semua salah saya. Dah jangan cari aku lagi, aku nak pergi curang sana sini lagi.

“Sesiapa nak ambil tmpat saya, silakan. Kitorang dah nak cerai, rugi tak adjust sebab suami saya tak bersalah dia baik,” katanya.


Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadam selepas sejam ianya dimuat naik dan tidak dapat dipastikan kesahihan hantaran berkenaan.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia kini berusia 2 tahun.

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissDiane 27-2-2026 11:40 PM
Parking dulu. Tunggu otai acikpors masuk mencemar duli. *makan popcorn*
Quote sukanyanyi 27-2-2026 11:48 PM
Dia ckp tu mcm sarcastic kan? Mcm, poad or someone tuduh dia curang, so dia pon iyekan.. pastu perli poad takde salah.. tu perspektif meols bila baca posting dia tu la..
Quote sukanyanyi 27-2-2026 11:50 PM
Sygnye.. masing2 dh kali ketiga kan kawen n akhirnya mcm jumpa yg sekupu2.. tp kalo starting tak bagus, tak mustahil la ending gini.. tp blom serai lg, so takleh ckp pape lg.. mcm tgh fasa gado2 majok lg je..
Quote sukacactus 28-2-2026 12:01 AM
Dah tuduh aku curang sgt kan! Ha ambik! Aku curang 2 laki skali
Ha gitu la pemahaman aku
Quote PULANGKAN 28-2-2026 12:09 AM
sukanyanyi replied at 27-2-2026 11:48 PM
Dia ckp tu mcm sarcastic kan? Mcm, poad or someone tuduh dia curang, so dia pon iyekan.. pastu perli ...

iye. iols pun baca gitu gak. emosi tak stabil, baru lepas bertekak mungkin. biasa la asam garam rumah tangga. cuma tak manis la share kat media sosial.
harapnye rumah tangga diorang baik-baik la.
sebab tu bila marah kena diam. macam kes ni, terlajak perahu boleh diundur, terlajak post kat media sosial, kekal selamanya
Quote makadek 28-2-2026 02:29 AM
dua2 pun. kepams
Quote arffa 28-2-2026 06:47 AM
Fuad macam cemburu dengan abang angkat Tom yang kat Langkawi tu. Yang bagi pinjam nama nak beli kereta dia dulu. Ni Tom dok surfing seksi seksi lagi la Fuad cemburu. Agaknya Fuad ni jenis cemburu kot.
Quote albedah 28-2-2026 07:08 AM
arffa replied at 28-2-2026 06:47 AM
Fuad macam cemburu dengan abang angkat Tom yang kat Langkawi tu. Yang bagi pinjam nama nak beli kere ...

Mana tak.. Laki jaga anak... Bini kemain surfing bagai.. Dok keje dendiam sudah laaa
Quote dolemitecarey 28-2-2026 07:30 AM
Ni saje content ke atau betul?
Kalau setakat content je nak jual product, memang ak sembur je dua2 ekor ni.
Quote marchikobonzo 28-2-2026 09:36 AM
Ke poad hijack hp si tomtombak?
Quote L.U.S.M 28-2-2026 09:50 AM
Part "aku besar punya perempuan gatal" tu sah2 la kena hijack,di post oleh org lain

Xkn la sendiri mau claim diri sendiri besar..hahaha
Quote sukanyanyi 28-2-2026 09:57 AM
PULANGKAN replied at 28-2-2026 12:09 AM
iye. iols pun baca gitu gak. emosi tak stabil, baru lepas bertekak mungkin. biasa la asam garam ru ...

Tulah.. jgn harap la takde org prasan n screenshot kan.. sesendu mana pun retis, mesti ade yg nk ambik tau kisah umahtangga deyols.. hehe
Quote cempakaa 28-2-2026 10:01 AM
marchikobonzo replied at 28-2-2026 09:36 AM
Ke poad hijack hp si tomtombak?

Macam iye haha
Quote kucingitam 28-2-2026 11:41 AM
L.U.S.M replied at 28-2-2026 09:50 AM
Part "aku besar punya perempuan gatal" tu sah2 la kena hijack,di post oleh org lain

Xkn la sendiri  ...

ahah besar di sini bukan bermaksud 'big/fat' tapi very..the very perempuan gatal maksud dia... mmg ayat sarcastic nih
Quote Unagi 28-2-2026 11:50 AM
senang nye bercerai...camtu je ek....
Quote asfaz 28-2-2026 03:20 PM
Edited by asfaz at 28-2-2026 03:21 PM

1000271786.jpg
1000271551.jpg


boleh geng dgn aqish kaliamak

Quote asfaz 28-2-2026 03:22 PM
"SUDAH JANJI DENGAN ALLAH... SAYA BERUSAHA JADIKAN DIRI LEBIH BAIK SEBAB SAYANG PADA DIA (TOM)" - FUAD SERAH SOAL JODOH PADA ALLAH

"Apabila saya akad nikah, bersalam dengan kadi dulu, itu bermakna saya sudah berjanji dengan Allah untuk sayang dan jaga dia (Tom) dengan baik. Saya berusaha menjadikan diri lebih baik sebab sayang pada dia.

"Anak kami, Anggun pun masih kecil. Jadi, saya mohon ruang untuk kami berbincang. Selama saya berkahwin dengan dia (Tom), memang saya gembira dan bahagia. Jadi, saya juga hormati minat dia yang suka surf (meluncur) itu.

"Saya izinkan dia pergi meluncur di Kuantan, Pahang termasuk saya ambil tanggungjawab bersendiri jaga anak kami, Anggun. Tiga tahun berkahwin dengan dia, saya juga tidak pernah putus memberi nafkah kepada anak-anak.

"Dua lagi anak (tiri) masih bersekolah, saya faham dan tak pernah berkira langsung dengan dia. Tapi bila terjadi perkara sebegini (cur@ng) dalam perkahwinan, mesti ada sesuatu (sil@p) di mana-mana.

"Saya sayang dia. Tapi, apa-apa pun urusan jodoh kami saya serahkan pada ketentuan Allah. Saya ambil dia jadi isteri dengan cara baik dan kalau apa-apa pun selepas ini daripada Allah."

Demikian kata penyanyi asal Singapura, Fuad Rahman, 47, dimana dia mengaku masih menyayangi isterinya, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40.

Tidak terfikir untuk berpisah, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, memohon ruang untuk berbincang dengan isterinya berhubung pendedahan dibuat oleh Tom di media sosial berkaitan cur@ng terhadap suami.

Akuinya lagi, dia s£rius terhadap perkahwinan dibina bersama Tom kerana sentiasa ingat pada janji besar yang dipegang dengan Allah serta tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Disamping itu, Fuad menjelaskan, ketika meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Putri Anggun Lovellia, 2, di Kuantan, baru-baru ini, hubungan dia dan Tom berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Tom membuat pendedahan mengejut di media sosial dengan memaklumkan, dia sudah berlaku cur@ng terhadap suaminya, Fuad untuk bersama lelaki lain.

Untuk makluman, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Putri Anggun Lovellia pada 18 Februari 2024.

Difahamkan, sebelum bernikah, Fuad dan Tom pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2005, namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditah@n polis Singapura dan dij@tuhkan hukvman penj@ra.

Hubungan pasangan ini bagaimanapun mekar semula sehingga mereka bernikah selepas masing-masing bertemu kembali di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada 2022.
.
.
#infoartis #followers #fbpro #myartis #artismalaysia #santai #BeritaSemasa #gosipartis #artist #acting #fancommunity
Kredit: Media Sosial
Quote hyie 28-2-2026 04:57 PM
ehem ehem
Quote L.U.S.M 28-2-2026 08:19 PM
asfaz replied at 28-2-2026 03:20 PM
boleh geng dgn aqish kaliamak

Br nk ckp... spesis rempit laaa laki bini ni blh geng poen fam

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.089426 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top