|
PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, siasatan melibatkan seorang individu berpengaruh yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi media antarabangsa. “Laporan polis mengenai perkara ini diterima pada 26 Februari lalu dan polis sedang giat melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya. “Siasatan dilaksanakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Khalid, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.
SUMBER – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.201701 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.