CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Gemuruh, lagu raya jadi single pertama’ - Marsya Q, anak kepada Liza Hanim

27-2-2026 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1056| Komen: 15

 


TAHUN ini merupakan lakaran sejarah peribadi buat Marsya Q iaitu anak kepada Liza Hanim apabila pertama kali menyambut Ramadan dengan status sebagai seorang anak seni.

Namun, di sebalik kesibukan meniti tangga populariti, Marsya tetap mengagumi disiplin ibunya itu dalam mengemudi urusan rumah tangga.

Menjelang kedatangan bulan yang penuh keberkatan, Liza misalnya sudah mula mengatur langkah awal dalam memastikan keselesaan keluarganya sentiasa terjaga.

Di mata Marsya sendiri, ibunya sebagai seorang yang sangat teliti dan mementingkan persediaan rapi, terutama apabila melibatkan hidangan berbuka puasa untuk mereka sekeluarga.

“Mama banyak buat persediaan. Dia hantar dalam kumpulan mesej keluarga menu berbuka untuk 11 hari,” selorohnya.

Sementara itu, pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim, 47, memaklumkan tindakan menyenaraikan resipi lebih awal supaya tidak buntu apabila tiba waktu untuk memasak.


“11 hari dulu, sebab takut nanti sampai waktu kita tak tahu nak buat apa.

“Jadi, selepas ini bertekad untuk pastikan ikut saja,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Mengulas mengenai aktiviti sepanjang bulan puasa, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu memilih untuk berehat demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan anak-anak.

“Untuk saya macam biasa, saya lagi suka rehat sepanjang bulan Ramadan. Sekarang pun saya selesaikan apa-apa kerja yang ada, selepas itu saya akan fokus untuk anak-anak.

“Adik-adik dia (Marsya) semua masih sekolah, jadi saya perlu fokus untuk pastikan mereka ada nutrisi yang cukup.

“Kalau tidak nanti, mereka akan penat sebab adik dia ada yang main bola juga sewaktu bulan puasa,” ujarnya.

Ruang untuk Marsya

Berkongsi lanjut, Liza juga memberi ruang terhadap kerjaya seni anak sulungnya dengan memberi ruang kepada Marsya untuk lebih ke hadapan, terutamanya bagi projek lagu raya tahun ini.

“Tahun ini saya bagi ruang untuk Marsya ke hadapan dulu. Tahun lepas pun saya dah lancarkan lagu dengan Kmy Kmo.

“Jadi, tahun ini Marsya pula dan kami sangat teruja dengan projek dia. Lagu yang berbeza sikit serta seronok,” jelasnya.

Bagi Marsya pula, keterujaannya kian memuncak untuk memperkenalkan karya sulungnya itu kepada khalayak, meskipun tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruh.

“Saya sangat gemuruh sebab lagu raya saya akan jadi karya pertama juga. Tapi saya sangat teruja sebab rasa sangat berbeza dengan lagu-lagu raya sekarang.

“Macam ada nafas baharu sikit. Jadi, saya sangat teruja untuk memperdengarkan kepada orang ramai,” tutupnya sekali gus menoktahkan bicara.

 

LIZA (kanan) teruja menyambut Ramadan terutama apabila puterinya, Marsya bakal debut dengan single raya sulung.  

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 28-2-2026 04:13 AM
Marsya, pergi mintak satu single either dari Aina Abdul atau Hael Husaini. kau perlukan satu je single kebaboom. Satu je. Lepas tu no one will dare talk about your looks anymore
Quote L.U.S.M 28-2-2026 09:51 AM
Adik meh pakai reta meh...
Bg turun berat tu..
Dh ghupe acik 30an dh..
Mak ngko lg herlokkk
Quote kukukatablog 28-2-2026 10:17 AM
Macam muka Tomey  tiktok tu
Quote supernaturalee 28-2-2026 11:15 AM
yg TT punnn

dh letak gmbr kecik kat tepi

pi bg lg gmbr sama yg close up Pulok

mcm xde yg perasan plak dh

Quote apedehal 28-2-2026 11:40 AM
Brp org je boleh sustain lama2 dlm bidang nyanyian ni kalau xda specialty..mcm aina dlu tu pun struggle wpun suara sedap, naseb pakai pelik2...takut dia ni nnt org compare2 dgn umai pulak sbb sepesen mcm dlu2 compare maknya ngn tokti..baik la anak tu dia bg fokus belajar tggi2 dlu ke
Quote fattymah 28-2-2026 01:10 PM
Background dengan kaler muka tudung lebih kurang tenggelam dek.. yg kertu lebih menyerlah
Quote Prahara 28-2-2026 02:11 PM
Biarlah dikutuk tak cantik dik janji awak educated, baik, bersopan. Akak sentiasa ada softspot pada orang yang sangat pentingkan pendidikan. Insha-Allah semua akan baik2 saja dik
Quote sleepandream 28-2-2026 08:14 PM
nasihat iols pulak belajar tinggi2 macam najwa latif tu...
nyanyi ni buat side income je la
Quote prince_marhaen 2-3-2026 10:32 AM
Betul jugak cakap Tokti abang dia dulu suruh kurus dulu baru jadi artis. Sebab nak nampak sedap mata memandang. Jangan cakap bakat No.1 ye... kadang2 kena terima hakikat, imej tu sangat lah penting.
Kalau betul nak survive lah. Kalau sekadar nak celup2 kaki okey je dik.... make sure kena betul2 belajar pandai lah... yenna bedul pun bergantung pada imej aneh2 baru naik..orang tengok suara dia nombor 2.
Quote KamikuP 2-3-2026 04:28 PM
Kalau letak dia sebelah Umai bole buat org keliru which one is which
Quote laksmanabentan 2-3-2026 04:50 PM
L.U.S.M replied at 28-2-2026 09:51 AM
Adik meh pakai reta meh...
Bg turun berat tu..
Dh ghupe acik 30an dh..

haipppp satgi ramai yang sentap uollssss
Quote laksmanabentan 2-3-2026 04:51 PM
Prahara replied at 28-2-2026 02:11 PM
Biarlah dikutuk tak cantik dik janji awak educated, baik, bersopan. Akak sentiasa ada softspot pada  ...

kannn... biarkan bentuk camna pun kan uoollsss
yang penting berilmu, beradap, bersopan gitu kann
Quote fadz84 2-3-2026 05:07 PM
apedehal replied at 28-2-2026 11:40 AM
Brp org je boleh sustain lama2 dlm bidang nyanyian ni kalau xda specialty..mcm aina dlu tu pun strug ...


Marsya ni mmg tgh further degree kat UiTM Shah Alam.. siap dpt dean list lagi aritu..
Quote mamastoney 2-3-2026 05:29 PM
Mahap cakap la dik, gambar atas tu menmpakkan ko lgi tua dr mak ko. Yg mak pun kan dah lama jd retis takkan takleh pilih tudung, baju dannkaler yg sesuai utk anak daranya biar la nampak sesuai dgn usia.
Kat Malaysia ni, rupa paras main peranan penting jugak dik kalo masuk dunia retis ni. Since muka ko biasa2 je, so elok la ko usahakan turun berat badan tu sikit. At least walopun muka tak lawa, badan lawa….mcm si Mimifly tu
Quote L.U.S.M 2-3-2026 06:50 PM
laksmanabentan replied at 2-3-2026 04:50 PM
haipppp satgi ramai yang sentap uollssss

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.100039 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top