CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Fiona tahu kawal lelaki seperti saya, arwah ibu restu’ - Hafiz Suip

27-2-2026 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2004| Komen: 18

 


KUALA LUMPUR – Bertemu tanpa sengaja di kedai makan, penyanyi Hafiz Suip tidak menyangka pencarian teman duet bagi konsert di Sarawak pada 2024 menjadi detik perkenalan dengan Fiona Saffiya yang kini menjadi isterinya.

Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, mengakui tertarik dengan nyanyian Fiona yang menyampaikan lagu Ku Akui, sekali gus terdetik mengambil wanita terbabit sebagai pengganti Adira.

“Perkenalan kami bermula dua tahun lalu sebelum berlangsungnya Konsert Hafiz Suip-Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024. Waktu itu saya memang nak cari pengganti Adira yang tidak dapat beraksi pada konsert tersebut.

“Kebetulan saya singgah di sebuah kedai makan dan terdengar seorang wanita menyanyikan lagu Ku Akui. Suaranya sangat sedap. Saya dimaklumkan dia juga seorang penyanyi popular di Sarawak.

“Asalnya saya tak percaya. Terus cari namanya di internet dan pelawa dia jadi penyanyi undangan. Kemudian kami berkawan. Tak sangka akhirnya disatukan sebagai suami isteri,” katanya selepas pelancaran lagu Yang Engkau Mahukan di Hotel St. Giles Boulevard, semalam.


Menurut bapa dua anak itu, sikap prihatin serta keakraban Fiona dengan ibunya, Allahyarham Halizawati Salleh antara faktor membuatkan pintu hatinya semakin terbuka menerima wanita terbabit dalam hidupnya.

“Keistimewaan yang ada pada Fiona adalah sikap ambil peduli serta tahu macam mana nak kawal lelaki seperti saya, malah dia juga sangat rapat dengan ibu saya.

“Alhamdulillah, sebenarnya ini pun restu arwah ibu juga. Fiona memang rapat dengan arwah ibu kerana sudah lama kenal. Mereka jumpa kembali dan akrab semula sehinggalah sebelum ibu meninggal dunia November lalu.

“Masa awal perkenalan pun perkara pertama yang saya lakukan adalah bawa Fiona bertemu dengan ibu, syukur ibu bagi restu,” ujarnya.

Mengenang memori sebelum kembali bergelar suami, Hafiz mendedahkan arwah ibunya turut meluahkan hasrat untuk melihat dia dan Fiona disatukan segera.

“Seperti yang pernah saya katakan, ibu adalah keutamaan saya. Waktu itu ibu berpesan, ‘kau ni tengah dalam proses cerai, jadi kena buat betul-betul’.

“Maksudnya, ibu mahu saya lakukan dengan cara yang betul iaitu bernikah.
Sebab itu saya beritahu Fiona, kita kena tunaikan permintaan ibu.

“Sepatutnya tarikh nikah kami pada tarikh lahir ibu iaitu 15 Februari, tetapi ayah pesan jangan melewat-lewatkan pernikahan, jadi kami pilih 13 Februari,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona, 39, dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching.

Sebelum ini Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun. Mereka bercerai pada Mei 2025.

Manakala, Fiona juga pernah berkahwin dengan lelaki tionghua dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum berpisah lima tahun lepas. Penyanyi berketurunan Bidayuh ini mengucap syahadah pada Disember 2025.  

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-2-2026 11:29 PM
Jaga waif helok2. Kamu tu muda lagi. Rezeki Allah bagi, ex dan wife dua2 chuantik, berduit. Jangan nak baran2 sangat. Kurangkan makan manis, tinggi carbs. Gigih la cari duit untuk family kau. Gigih aku taip macam ko baca.
Quote Lucy20 28-2-2026 09:32 AM
kira curang ke? cerai sebab nak kawen fiona?
Quote Zirara99 28-2-2026 04:14 PM
Lucy20 replied at 28-2-2026 09:32 AM
kira curang ke? cerai sebab nak kawen fiona?

Hahahaha bau2 ikan ye
Quote Zirara99 28-2-2026 04:15 PM
“Seperti yang pernah saya katakan, ibu adalah keutamaan saya. Waktu itu ibu berpesan, ‘kau ni tengah dalam proses cerai, jadi kena buat betul-betul’.


“Maksudnya, ibu mahu saya lakukan dengan cara yang betul iaitu bernikah.

Dalam proses cerai ibu suruh bernikah. Tak cerai lagi. Dalam proses. Maksudnya dh lama sgt kenal dgn isteri baru ni. Aduhai.
Quote sukanyanyi 28-2-2026 04:18 PM
Hurm....
Quote sukanyanyi 28-2-2026 04:22 PM
So... hmm... biar org len do the math sbb maths meols kdg takleh pakai.. cuma.. dah hepi ni nyanyi baik2 sikit la ye, jgn terkucil lg..
Quote pocongkiutss 28-2-2026 07:00 PM
Bau bau fishy
Quote pocongkiutss 28-2-2026 07:01 PM
Zirara99 replied at 28-2-2026 04:15 PM
“Seperti yang pernah saya katakan, ibu adalah keutamaan saya. Waktu itu ibu berpesan, ‘kau ni teng ...

Mmg ada pic diorg nyanyi bersama..sebelum dia cerai lg kan..ada yg tempek kt thread lg satu
Quote sukanyanyi 28-2-2026 07:37 PM
pocongkiutss replied at 28-2-2026 07:01 PM
Mmg ada pic diorg nyanyi bersama..sebelum dia cerai lg kan..ada yg tempek kt thread lg satu

Kite kemain kesian kat dia mase terkucil kat ajl tu.. tp adekah mase tu pon da ade yg menunggu? Lebih baik heols tak cerita ini semua... detailed betol dia cite kan
Quote Shayang 1-3-2026 12:07 AM
Cerita yg begitu detail errr errr
Quote rayna_raynes 1-3-2026 04:07 AM
Lucy20 replied at 28-2-2026 09:32 AM
kira curang ke? cerai sebab nak kawen fiona?

Dia dah separate lama dengan ex wife (possibly seawal hujung 2023/awal 2024). Naik mahkamah september 2024, may 2025 sah bercerai.
Kenal dengan fiona November 2024.
Quote Lucy20 1-3-2026 12:10 PM
rayna_raynes replied at 1-3-2026 04:07 AM
Dia dah separate lama dengan ex wife (possibly seawal hujung 2023/awal 2024). Naik mahkamah septemb ...

ohhh patutla ex pun cool buat hal sendiri
Quote ragazza 1-3-2026 08:25 PM
Kalau dapat (ex)wife yang meroyan , susah la keadaannya . Good for him . Rezeki
Quote mawarberbisa 1-3-2026 09:33 PM
halah halah dak apis takyah la cerita detail sangat
Quote rayray28 1-3-2026 10:43 PM
rayna_raynes replied at 1-3-2026 04:07 AM
Dia dah separate lama dengan ex wife (possibly seawal hujung 2023/awal 2024). Naik mahkamah septemb ...

Tulaa awal lg dr nov 2024 if tgk dorg dh xbersama sbb dh xde msk2 laksa cm year before..mak dh sakit2 dh dia byk blik kg jaga mak...so rasa mse time2 lonely kot
Quote KamikuP 2-3-2026 04:31 PM
Mujur ex wife tak meroyan mcm segelintir artis yg kene cerai
Quote selipar_hijau 3-3-2026 08:03 AM
nak kene kawal² camne tu?
Quote fahima80 3-3-2026 08:47 AM
Lucy20 replied at 28-2-2026 09:32 AM
kira curang ke? cerai sebab nak kawen fiona?

Takdelah curang. Dia dah separate lama dengan ex wife, since 2023 kalau tak silap. Cuma naik mahkamah 2024, disahkan cerai oleh mahkamah 2025.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.097444 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top