CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Mahu jadi guard lepas tengok ‘secekak’ angpau

27-2-2026 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2072| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan mencuri perhatian ramai apabila menerima angpau dalam jumlah yang banyak sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki warga Nepal yang bertugas di sebuah kawasan perumahan elit tersebut dilihat memegang sampul berwarna merah yang berisi wang kertas termasuk not RM100.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan ‘pendapatan’ lelaki asing tersebut selain berseloroh mahu menukar kerjaya sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan terbabit.
“Angpau orang kaya bagi bukan RM1, RM2 ya, bos aku bagi (angpau) RM300,” kongsi Radiant.

Seorang lagi pengguna Love_Nunez_ memberitahu, dia mula terfikir untuk menukar kerjayanya selepas melihat jumlah angpau yang diterima jaga tersebut.

Dalam pada itu, ada pengguna media sosial yang memuji sikap pemurah penduduk yang menghargai khidmat pengawal keselamatan tanpa mengira bangsa.


“Mereka buat kerja bagus sebab itu penduduk hargai,” kata ZaichBeiwan.

“Alhamdulillah rezeki dia,” tulis pengguna TikTok NN.

Sehingga kini, video lelaki tersebut meraih lebih 188,200 tontonan, 6,882 tanda suka dan 3,940 perkongsian. 


SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 28-2-2026 07:40 AM
Lepas ni mesti guard ni mesti dpt byk kwn, sedara mara, handai taulan.
Quote hart_attack 28-2-2026 11:08 AM
Warga kita ke warga asing? T20 x de duit kecik dorg duit semua beso². Cuba apply guard kt perumahan yg have² sikit, brp agaknya dpt.
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:04 PM
Solusi lupa pin brimo password 3 kali Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:04 PM
Solusibuka1 replied at 7-3-2026 11:04 PM
Solusi lupa pin brimo password 3 kali Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melal ...

Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:05 PM
Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp:  (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda
Quote Solusibuka1 7-3-2026 11:05 PM
Solusibuka1 replied at 7-3-2026 11:05 PM
Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp:  (0818-531-186)atau  ...

Untuk Mengatasi lupa PIN BRImo Anda bisa menghubungi BRI melalui Chat WhatsApp: (0818-531-186)atau (150017). Melalui aplikasi BRImo Anda

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.037753 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top