CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

300,000 tentera, 670 pesawat diguna Jepun gempur Tanah Melayu

27-2-2026 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1041| Komen: 18

 


PETALING JAYA – Hari ini tanggal 27 Februari pada 1948, kerajaan Jepun mengeluarkan jumlah rasmi tenteranya yang terlibat dalam serangan ke atas Tanah Melayu sepanjang 9 Disember 1941 hingga Ogos 1945.

Menurut rekod rasmi yang dikeluarkan Arkib Negara, seramai 300,000 tentera Jepun terlibat dalam operasi ketenteraan diketuai Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita.

Selain itu, sebanyak 670 pesawat tempur digunakan sepanjang kempen tersebut dengan 331 daripadanya dilaporkan musnah dalam peperangan.
Operasi ketenteraan Jepun itu dirancang secara teliti dan tersusun termasuk membawa unit sokongan lengkap seperti kumpulan menggali perigi, platun pembersihan air dan kompeni sanitasi bagi memastikan kelangsungan operasi di medan perang.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan tentera mereka di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 sebelum berjaya menawan keseluruhan Tanah Melayu pada 31 Januari 1942.


Tempoh penjajahan tersebut berakhir pada 13 September 1945 menerusi satu upacara penyerahan kuasa yang berlangsung di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Surat penyerahan kuasa tanpa syarat ditandatangani bagi menandakan tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas hampir empat tahun pemerintahan tentera Jepun. 

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 28-2-2026 01:28 AM
Akibat jaki dengan omputih..  Teros ke Malaya.  Ujong2 kene bom atom baru sedar diri.
Quote mejaputih 28-2-2026 06:43 AM
Tp kenapa malaya yg dipilih? Knp bkn thailand or vietnam?
Quote Decaffeinated 28-2-2026 11:56 AM
tumpanglalu74 replied at 28-2-2026 01:28 AM
Akibat jaki dengan omputih..  Teros ke Malaya.  Ujong2 kene bom atom baru sedar diri.

tapi sampai sini ada yang jatuh cinta dengan gadis melayu sampai beranak pinak pun ada. salah sorang anak jepun ialah cikgu sekolah rendah aku. dia yang bangga bercerita dengan anak2 murid.

Quote Decaffeinated 28-2-2026 12:00 PM
mejaputih replied at 28-2-2026 06:43 AM
Tp kenapa malaya yg dipilih? Knp bkn thailand or vietnam?

Jepun nak bebaskan Asia dari penjajah barat. Thailand tiada penjajah sebaliknya menyediakan safe passage untuk Jepun bertapak di Songkhla. Tapi aku pelik juga Songkhla ni ramai cina tak tau apa jadi pada cina2 Songkhla masa tu mungkin tak kena kacau sebab dah jadi siam kot.





Quote ChildrenOfBodom 28-2-2026 12:14 PM
Asia untuk Asia
Quote ChildrenOfBodom 28-2-2026 12:44 PM
300,000k tu sepanjang tempoh 4 tahun..ingatkan start 8 Disember tuu..terkejut gak ...  Perang Rusia Ukraine pon dalam 150k ja kt border sebelum start pencerobohan... neway Operation Barbarossa adalah perncerobohan tentera terbesar dalam sejarah (NAZI invasion of Soviet Union) melibatkan 3.8 juta tentera NAZI dan sekutu...
Quote Goodluckdontcry 28-2-2026 12:45 PM
Edited by Goodluckdontcry at 2-3-2026 01:17 PM

Kesian arwah ayah dan arwah mak den..tersiksa hidup kene mkn ubi kayu..menyorok merata..dtg british pula, bawa tentera gurkha dan tentera Sikh cilaka..anak2 gadis org selalu dikacau..smp bini org pun diganggu..sbb kulit anak2 dara tanah melayu lebih cerah dr mereka..itu yg jd gatal merenyam..kasar dan jahat tak kira la jepun ke gurkha ke sikh ke..semua perangai setan..gitu den mengeluarkan amarah den bila teringat penderitaan arwah ayah dan mak den kena lalui...

Jd pesan den kpd semua.. bersyukur la kita hidup aman damai saat ini...jgnla gatal2 nak bergaduh berperang sana sini.. kdg2 pelik tgk org2 gila yg ego suka berperang sana sini..mmg manusia cilaka perangai...
Quote B40tastePosh 2-3-2026 09:46 AM
Peperangan berpunca dari nak hidup senang dan insecurity tentang kehidupan.
Quote 91221 2-3-2026 10:11 AM
Kita tak blh mencerobohi negara lain tetapi wajar mempunyai tenaga military yg cukup kukuh
Quote prince_marhaen 2-3-2026 10:39 AM
Decaffeinated replied at 27-2-2026 05:56 PM
tapi sampai sini ada yang jatuh cinta dengan gadis melayu sampai beranak pinak pun ada. salah sora ...

Ada collegue laki aku dulu kemain bangga eh ada darah jepun, feeling aqasha selalu, walaupun muka cam komunis je...
Acah2 dedicated dengar lagu jepun, filem jepun, anime....asyik bangga badan kecil rendah petite sbb atok jepun.... tapi bila orang tanya keturunan jepun belah mana, kenal keluarga kat sana, dia kata atok dia tak nak balik sana dah lepas kawin..tu tak kenal...kawin pun senyap2 katanya..

nyahhhh...silap2 nenek kau kena roggy askar jepun nyahhhh masa zaman tu...apooo dok bangga sangat.
Quote Decaffeinated 2-3-2026 12:10 PM
Goodluckdontcry replied at 28-2-2026 12:45 PM
Kesian arwah ayah dan arwah mak den..tersiksa hidup kene mkn ubi kayu..menyorok merata..dtg british  ...

Gurkha ni bukan ka cerah dari melayu?

Quote Decaffeinated 2-3-2026 12:13 PM
prince_marhaen replied at 2-3-2026 10:39 AM
Ada collegue laki aku dulu kemain bangga eh ada darah jepun, feeling aqasha selalu, walaupun muka  ...

Melayu tak bitter dengan Jepun walau pun banyak horror stories dari mulut ke mulut sebab kurang media propaganda tak macam melayu benci komunis.

Quote Goodluckdontcry 2-3-2026 12:37 PM
Decaffeinated replied at 2-3-2026 12:10 PM
Gurkha ni bukan ka cerah dari melayu?

Cerah ke?? Yg dtg British bawa semua hitam legam..perangai ala org2 India ler..suka buat xsenonoh dekat org perempuan..sbb tu semua anak dara kene sorok..kalau dpt kat dia, xblh buat apa la..

Dan slh satu kisah benar, isteri guru arwah ayah den,.suaminya kene lumurkan arang ke muka bininya supaya nmpk hitam mcm diorg..bininya cantik cerah educated...jdnya xkene la kacau sbb hodoh katanya...dasar taik xsedar diri muka huduh perangai pun huduh.. harktuihhh
Quote Decaffeinated 2-3-2026 12:48 PM
Goodluckdontcry replied at 2-3-2026 12:37 PM
Cerah ke?? Yg dtg British bawa semua hitam legam..perangai ala org2 India ler..suka buat xsenonoh  ...

tah la. Google kata depa dari Nepal.

Gurkhas are elite soldiers from Nepal renowned for their bravery, loyalty, and skill, with a history of service in the British Army (since 1815), Indian Army, and other forces. Famous for carrying the khukuri knife, they are known for the motto "Better to die than be a coward". Approximately 4,000 serve in the British Army's Brigade of Gurkhas.



Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2026 12:59 PM
Decaffeinated replied at 27-2-2026 08:00 PM
Jepun nak bebaskan Asia dari penjajah barat. Thailand tiada penjajah sebaliknya menyediakan safe p ...

Jika Jepun nak bebaskan dari penjajah barat kenapa askar Jepun membunuh dan menyiksa orang melayu orang kampung?
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2026 01:09 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-3-2026 09:13 PM



Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945

OlehSosialis Alternatif
pada05/01/2016
suntingan terkini12/07/2025





Pekerja Tamil dari British Malaya merupakan golongan paling tertindas dan dieksploitasi oleh Empayar Jepun. Sebanyak 120,000 pekerja Tamil dipaksa membina landasan maut ini. 60,000 antara mereka terkorban akibat kekejaman imperialis terhadap kelas pekerja dalam perang penaklukan.


[Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah tentang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ramai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jepun berjaya menakluk Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, dibawah Jeneral Yamashita mereka juga telah berhasil menakluk Tanah Melayu pada tahun 1942. Rentetan itu, rancangan peluasan penaklukan ke India melalui Burma pula telah dilancarkan. Ia ada kaitannya dengan pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma. Bahkan, ia juga kerana kepentingan ekonomi dalam aspek pengangkutan dan perdagangan.

Bagi memenuhi kepentingan itu, tawanan perang Jepun yang terdiri daripada 61,000 orang askar British, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan Belanda, serta 200,000 orang dari seluruh Asia termasuklah orang-orang Melayu, China dan India telah dikerahkan sebagai buruh untuk memulakan projek landasan kereta api itu yang sejauh 415 km dari Nong Pladuk, Kanchanaburi, Siam sehingga ke Thanbyuzayat, Burma. Sebelum ini British sebenarnya telah menjalankan projek landasan kereta api ini tetapi telah dibatalkan kerana masalah-masalah kawasan tanah yang bergunung-ganang, hujan monsun, penyakit malaria dan sebagainya lagi. Namun begitu, setelah Jepun menakluk Tanah Melayu, rancangan itu diteruskan dan mereka telah menetapkan jangka masa projek itu dari September 1942 sehinggalah Ogos 1943.
Laluan landasan kereta api Burma-Siam dan lokasi jambatan Sungai Kwai serta “Hell Firepass” yang terkenal itu. Panjang keseluruhan landasan ini ialah 258 batu, merentasi kawasan yang sukar dilalui dan beriklim ganas, dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan oleh tawanan perang.
Pengalaman-pengalaman mereka menjadi buruh paksa cukup menderitakan. Kebanyakan buruh-buruh ini berjalan kaki sehingga beratus-ratus kilometer dan telah mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sampai ke kem-kem penempatan mereka. Mereka juga dipaksa bekerja hingga 24 jam sehari semalam dan tidak boleh bercuti. Pada waktu itu, hujan monsun turun dengan lebat dan telah mengakibatkan pembiakan banyak nyamuk dan penularan wabak demam malaria. Selain kerja-kerja yang keterlaluan, mereka juga tidak dibekalkan dengan makanan dan ubat-ubatan yang mencukupi. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai buruh diserang pelbagai penyakit yang membawa maut.
Tawanan perang Australia bekerja memasang landasan. Penyakit dan keadaan kerja yang amat dahsyat — ditambah pula dengan kekejaman pengawal Jepun — menyebabkan ribuan kematian. Serangan bom oleh pesawat tentera Berikat ke atas landasan turut mengorbankan dan mencederakan ramai lagi.
Mereka dipaksa untuk terus bekerja biarpun sedang sakit dan masih penat. Tentera Jepun telah memukul dan menyebat buruh-buruh itu sekiranya mereka minta untuk direhatkan, atau jika mereka melakukan kesilapan ketika sedang bekerja. Bahkan, dilaporkan bahawa secara purata dalam setiap kilometer landasan yang dibina, ia telah menelan 38 nyawa manusia. Maka tidak hairanlah sekiranya kereta api itu telah digelar sebagai ‘kereta api maut’. Malah, walaupun kerja-kerja pembinaan landasan kereta api itu sudah selesai, tetapi buruh-buruh yang masih hidup tidak dihantar pulang dengan segera sebagaimana yang telah dijanjikan. Bagi yang masih sihat, mereka dihantar pula ke Jepun untuk bekerja di lombong arang batu. Ada juga yang disuruh untuk bekerja sebagai penjaga jalan kereta api yang baru itu.
Adegan dari filem ‘The Railway Man’ yang memaparkan kisah buruh paksa di Siam-Burma semasa penjajahan Jepun.
Dalam kalangan mereka yang masih hidup dan dapat kembali ke Tanah Melayu, terlintas dalam fikiran untuk menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib mereka. Matlamat mereka adalah untuk menuntut gaji yang belum diberikan, menuntut kerugian, membela nasib buruh paksa, menuntut elaun kerja dan lain-lain lagi. Oleh itu, pada awal tahun 1958, iaitu lebih kurang 12 tahun setelah mereka kembali di Tanah Melayu, dan kerana sikap kerajaan yang dingin, maka Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Buruh Paksa (PBBP) pun telah ditubuhkan. Ia adalah suatu kerjasama daripada bekas buruh-buruh paksa itu dan waris-waris mereka. Dengan itu, tuntutan pertama persatuan ini adalah wang baki daripada hasil jalan kereta api maut Siam-Burma tersebut.
Sejarah buruh paksa ini menunjukkan kepada kita bahawa eksploitasi dan penyeksaan kepada golongan buruh atas kepentingan ekonomi bagi segelintir pihak sudah pun berlaku sejak dahulu lagi. Bahkan, ia lebih teruk daripada apa yang terjadi kepada pekerja-pekerja sekarang. Meskipun begitu, ia tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan mereka untuk terus bersatu dan menuntut apa yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Malahan, sehingga ke hari ini, bekas buruh dan waris-waris mereka masih memperjuangkan hak-hak mereka. Sejarah ini juga menggambarkan bahawa penindasan kepada golongan buruh tidak akan mengenal warna, ia akan terus dilakukan selagi terdapat pihak yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Justeru, para pekerja seharus sama-sama bangkit melawan penindasan.





Quote Goodluckdontcry 2-3-2026 01:14 PM
Decaffeinated replied at 2-3-2026 12:48 PM
tah la. Google kata depa dari Nepal.

Gurkhas are elite soldiers from Nepal renowned for their bra ...

Bkn yg mcm ni la kome..adoi..yg dtg, yg berjambang serabut..hitam legam..ooo den rs den tersilap..bkn gurkha..tp tentera sikh.. kehkehkeh tp biasalah org dulu..semua sebut tentera gurkha..sorryla terslh pilih pulak.. tp tiga-tiga sama jahat perangai terhdp org kampung..suka ati buat benda2 yg buruk terhdp org kampung yg tak berdaya...klu la kita dgr cerita2 org yg mengalami, mmg akan sakit hati walau zaman dh berubah kononnya...ada yg bangga kawin org Jepun..org Nepal n Sikh baikla..setia.. whatever...


Quote Decaffeinated 2-3-2026 03:38 PM
Goodluckdontcry replied at 2-3-2026 01:14 PM
Bkn yg mcm ni la kome..adoi..yg dtg, yg berjambang serabut..hitam legam..ooo den rs den tersilap.. ...

ekceli pakcik tak silap...

The Brigade of Gurkhas was stationed in Malaya during the Emergency there (1948-60) and then took part in the Indonesian Confrontation (1962-66). After that conflict, Gurkha headquarters transferred from Malaya to Hong Kong, where the Brigade performed security duties until the end of British rule in 1997.


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.138505 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top