CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Solat tanpa memakai telekung sah, janji tutup aurat’ - Mufti Pulau Pinang

27-2-2026 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1078| Komen: 17

 


GEORGE TOWN – Menunaikan solat tanpa memakai telekung sembahyang bagi wanita Islam hukumnya adalah sah melainkan tidak menutup aurat atau pakaian yang dipakai itu nipis sehingga menampakkan warna kulitnya.

Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, aurat menurut pengertian syarak adalah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan melihatnya.

Menurutnya, aurat merupakan syarat sah solat dan hendaklah ditutup ketika menunaikan solat walau berada jauh daripada pandangan mata manusia atau berada dalam kegelapan.
“Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan) dan para ulama bersepakat mengatakan bahawa batal solat orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

“Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan, syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan.


“Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah. Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menunaikan solat dengan mengenakan jubah tanpa telekung sehingga mengundang persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai ibadah tersebut.

Jelasnya, kadangkala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai telekung sembahyang.

“Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa telekung sembahyangnya, maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat.

“Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan telekung sembahyang,” jelasnya.

Terdahulu, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, enggan memanjangkan polemik dan memilih untuk tidak mengulas mengenai teguran ramai berhubung tindakannya menunaikan solat dengan hanya berjubah tanpa memakai telekung seperti kelaziman.

Beliau berkata, penjelasan oleh ahli agama sebelum ini sudah memadai bagi menjernihkan suasana, sementara beliau lebih selesa mengambil pendekatan bermuhasabah dan memperbaiki kualiti ibadahnya. 

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 28-2-2026 12:17 AM
Telekung ni biasanya orang Nusantara yang pakai. Mak2 Arab dan Muslimah2 lain yang berbillion tu tak biasa pun pakai telekung. Lagipun bukan syarat sah solat. Ingatkan benda ni basic tapi kena mufti keluar kenyataan juga.
Quote Minami2013 28-2-2026 12:26 AM
Konsep tutup aurat ni sebenarnya bila kita keluar rmh kita boleh solat terus tanpa perlu pakai kain telekong. Kalau dah pakai baju singkat, seluar ketat, tudung keluar telinga mmg la kena pakai telekong.
Quote ninja boy 28-2-2026 12:49 AM
Edited by ninja boy at 28-2-2026 02:56 AM

Telekung dan tudung solat asia tenggara ni paling sempurna utk buat solat, berbanding negara lain belah2 sana yg pakai tudung berjambul rambut terkeluar selendang xde pin tudung x dijahit sempurna still nak nampak kan jambul rambut
Kalau yg jenis byk masa ada duit seeloknya pi mandi wangi berpakaian bersih pakaian khas utk solat sbb ia adab dgn Tuhan dlm bersolat
Quote tumpanglalu74 28-2-2026 01:25 AM
cmf_almondpecan replied at 28-2-2026 12:17 AM
Telekung ni biasanya orang Nusantara yang pakai. Mak2 Arab dan Muslimah2 lain yang berbillion tu tak ...

Don't tell me Gen Z yang tanye.  Patot depe tanye mak dorang dulu.  Siked2 nak mengutok kat socmed.
Quote white_musk 28-2-2026 06:35 AM
Peniaga telkong menggelepor kah?
Quote Decaffeinated 28-2-2026 12:00 PM
apa hukum solat dengan memakai spender tak nak tanya ka?
Quote Apoo 28-2-2026 12:54 PM
Decaffeinated replied at 28-2-2026 12:00 PM
apa hukum solat dengan memakai spender tak nak tanya ka?

Lawak utara.

Kita dilarang pakai sepender time gali kubur.
Quote Decaffeinated 28-2-2026 01:33 PM
Apoo replied at 28-2-2026 12:54 PM
Lawak utara.

Kita dilarang pakai sepender time gali kubur.

https://www.youtube.com/shorts/ORhg9u1B6Mw

Quote Cyempaka 28-2-2026 01:47 PM
peghak mana lah yg bertanya ni...
kalau 10-20thn dulu aku paham la sebab masa tu rasa aneh gila sembahyang tak pakai telekung. tapi sekarang bersepah2 orang solat tak pakai telekung. budak2 sekolah pun sembahyang zohor pakai baju sekolah dgn handsock je sekarang
Quote Prahara 28-2-2026 01:48 PM
Syarat sah solat menutup aurat bukan bermaksud wajib bertelekung. Kasihan kadang membaca komen-komen yang penuh yakinnya menjatuhkan hukum pada orang lain sedangkan diri sendiri yang sebenarnya kurang tahu tentang perkara tersebut
Quote ultra78 28-2-2026 03:07 PM
Kenapa masih ada orang bertanya pasal ni? Waktu pendidikan islam di sekolah dahulu ustaz dan ustazah bagi info betul ke?
Quote dua_chzy 28-2-2026 03:29 PM
tumpanglalu74 replied at 27-2-2026 05:25 PM
Don't tell me Gen Z yang tanye.  Patot depe tanye mak dorang dulu.  Siked2 nak mengutok kat socmed ...


Antara ayat2 Gen Z yang buat aku bingung fikir meka ni makan apa benak sangat kat Thread;

1. Ramai rupanya tak tau suami isteri tak boleh bersama di waktu siang di bulan Ramadhan (what the...?). Tahukah anda bla bla bla

2. Minggu depan I nak gi KL. Any girls here nak temankan I masjid hunting? One day one girl.

Tu je aku ingat. Lupa dah yang lain. Banyak sangat statement/soklan cringy.
Quote kemaruk 28-2-2026 03:41 PM
Soalan bermusim time puasa boleh korek idong dah keluar belum?
Quote kemaruk 28-2-2026 03:43 PM
Sepatutnya tanya la soalan yang berlainan sedikit contohnya apakah hukum berkahwin dengan chatgpt jika chatgpt sudah memiliki badan fizikal dan mencapai AGI kelak
Quote miss_white 1-3-2026 12:15 PM
Ni rujuk  pasal siti norhaliza solat xpakai telekung tuh ke.

Quote 91221 2-3-2026 10:18 AM
Org muda skrg sering kali terbiasa mengemukakan persoalan tanpa melakukan semakan terlebih dahulu
Quote cm_vungtau 2-3-2026 10:41 AM
Patut tak boleh sebab tangan nampak sampai pergelangan. Lain la kalau yang pakai baju tangan besar tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.148550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top