CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKR mahu tahu hasrat sebenar kenyataan Rafizi – Fuziah Salleh

27-2-2026 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 773| Komen: 4

 


KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu jawapan daripada bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli yang sebelum ini membuat kenyataan akan bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan bukan atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiuasaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, surat tunjuk sebab sudah dikeluarkan kepada Rafizi pada 23 Februari lalu untuk memberi peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana PKR tidak mahu membuat sebarang keputusan tanpa mengikut perlembagaan parti.
“Melalui surat tunjuk sebab itu, tempoh masa lima hari diberikan untuk menjawab berkenaan dengan hasrat sebenar beliau selepas mengeluarkan kenyataan tersebut (bertanding kerusi Parlimen Pandan bukan atas tiket PKR).

“Perlembagaan parti ada mempunyai Fasal berkenaan seseorang itu mahu keluar daripada parti. Kita mahu tahu sama ada betul itu hasrat beliau atau sebaliknya. Itu sahaja,” katanya selepas sesi Walkabout Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Zon Timur di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini hari ini.


Fuziah memberitahu, justeru, pihaknya akan menunggu sehingga tempoh lima hari kerana ia memberi peluang kepada Rafizi dan tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru tanpa penjelasan beliau.

“Insya-allah, perbincangan atau keputusan akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mac ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi berhubung kenyataannya mengenai hasratnya mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16, namun bukan dengan tiket parti itu.

Kenyataan Rafizi yang berhasrat untuk bertanding bukan dengan PKR itu disampaikan melalui satu wawancara baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada PKR semalam atas alasan beliau telah mengisytiharkan keluar parti. 

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 28-2-2026 01:37 AM
[youtube]s81ipx3RaTE?si=vSwo3Jtw-F8Kc9h4[/youtube]
https://youtu.be/s81ipx3RaTE?si=vSwo3Jtw-F8Kc9h4
Quote Purestteam1 28-2-2026 05:52 AM
alien
Quote B40tastePosh 1-3-2026 11:45 AM
Rafizi tu okey ja... Yang tak okey tu PKR
Quote kemaruk 1-3-2026 04:47 PM
Baru 3 tahun jadi kerajaan dah bercakaran sesama sendiri

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.163133 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top