CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Debaran 16.5 juta pencarum KWSP esok

27-2-2026 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1027| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Debaran 16.5 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menantikan pengumuman kadar dividen bagi tahun 2025 bakal terjawab esok.

Rata-rata ahlinya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengumuman kadar dividen dana simpanan persaraan tersebut.

KWSP menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, taklimat dividen itu bakal disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, penganalisis mengunjurkan kadar dividen yang positif untuk tahun 2025, iaitu sekitar enam peratus.

Antaranya Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yang meramalkan dividen sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga enam peratus bagi Simpanan Syariah, disokong prestasi pelaburan yang kukuh.

“Kalau dilihat berdasarkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, KWSP berada pada landasan terbaik untuk meneruskan pencapaian cemerlang 2024.


“Sebagai perbandingan, pendapatan dividen KWSP bagi tempoh tersebut meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun 2024 disebabkan pencapaian suku ketiga yang baik,” katanya.

Dividen KWSP bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah untuk tahun 2024 adalah sebanyak 6.3 peratus, iaitu kadar tertinggi sejak 2017.

Sehingga 30 September 2025, jumlah aset pelaburan KWSP adalah sebanyak RM1.37 trilion, meningkat 12 peratus berban­ding tahun sebelumnya. 

SUMBER  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 28-2-2026 07:34 AM
debor ke idok kome
Quote plywood 28-2-2026 07:52 AM
Harap dpat 99.99%






Quote noor2 28-2-2026 08:36 AM
Wahhh hari ni ke,?..
Quote mejaputih 28-2-2026 08:38 AM
iols ingat dah announce awal tahun...belum ek rupanya...
Quote akuninja 28-2-2026 09:42 AM
Quote Decaffeinated 28-2-2026 10:25 AM
Dari 16.5 juta tu tolak 1. Aku tak berdebar pun. TT ja yang berdebar kot siapa suruh banyak hutang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039853 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top