CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan pilih KP SPRM melalui pilihan raya bagi memastikan institusi itu benar-benar bebas daripada pengaruh politik - Ketua Pas Sungai Buloh

27-2-2026 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 834| Komen: 10

 



PUTRAJAYA – Jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dipilih menerusi pilihan raya bagi memastikan institusi itu benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad berkata, sistem pelantikan yang menyaksikan Perdana Menteri melantik individu menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM mampu menimbulkan konflik terutamanya jika melibatkan siasatan terhadap individu terpengaruh.

Menurutnya, keadaan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa kuasa siasatan dan pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi seolah-olah dipengaruhi pihak eksekutif.

“Apabila pelantikan dibuat oleh pihak eksekutif, timbul persoalan sama ada wujud kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat mana-mana pihak termasuk pihak yang mempunyai kuasa melantik.

“Rakyat sukar menerima keadaan apabila individu yang dilantik perlu menyiasat pihak yang mempunyai pengaruh terhadap kedudukannya sendiri,” katanya selepas Himpunan Tangkap Azam Baki di sini, hari ini.

Zahruddin berpandangan, bagi memastikan semak dan imbang yang lebih berkesan, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM di peringkat pusat wajar dipilih melalui pilihan raya Parlimen, manakala pengarah SPRM di peringkat negeri pula dipilih menerusi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pendekatan itu akan menjadikan pemegang jawatan berkenaan bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat, bukan kepada mana-mana individu atau parti politik.

“Jika rakyat yang memilih, maka kebertanggungjawaban itu terus kepada rakyat. Ini akan mengukuhkan kebebasan institusi dan mengurangkan campur tangan politik,” ujarnya. 

Sumber : KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 27-2-2026 03:49 PM
PAS dah taknak buat hudud dah ke
Quote ultra78 27-2-2026 04:22 PM
Lepas tu calon SPRM kena turun berkempen juga ke?
Quote Decaffeinated 27-2-2026 04:40 PM
Undi guna SMS ka guna cari forum?
Quote renko 27-2-2026 04:53 PM
Decaffeinated replied at 27-2-2026 04:40 PM
Undi guna SMS ka guna cari forum?

sapa sokong angkat tangan
HAHAHAHHA
Quote pengecatbintang 27-2-2026 05:56 PM
Datuk Bandar KL bole pilih ikut pilihanraya?
Quote Decaffeinated 27-2-2026 06:02 PM
renko replied at 27-2-2026 04:53 PM
sapa sokong angkat tangan
HAHAHAHHA

atau tumpang undian Bintang Popular Berita Harian tambah satu kategori KP SPRM paling popular

Quote Apoo 27-2-2026 06:24 PM
Mamat ni menantu hj hadi kan? Patut la mereng semacam pak mertua dia jugak.
Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:29 PM
Latipah koya asal kerala pernah jadi bos sprm.


Quote alesandra 28-2-2026 08:34 AM
pengecatbintang replied at 27-2-2026 05:56 PM
Datuk Bandar KL bole pilih ikut pilihanraya?

sprm ni law enforcement.sepatutnya lah neutral dan ada integriti.tapi kalo dah masuk pilihanraya calon mcm jamal jamban pun  boleh..dibuatnya menang  kp sprm tak ke naya?datuk bandar mmg ada  political will,policy maker wajar bertanding dlm pilihanraya.zohran tu pun dari democrats
Quote akuninja 28-2-2026 09:44 AM
bersetuju dgn pandangannya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.192449 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top