CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Semua orang suka beri pandangan, jangan sampai jatuh fitnah’ - Siti Nurhaliza

27-2-2026 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 531| Komen: 3

 



Enggan memanjangkan polemik, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk tidak mengulas mengenai teguran ramai berhubung tindakannya menunaikan solat dengan hanya berjubah tanpa memakai telekung seperti kelaziman.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata, penjelasan oleh ahli agama sebelum ini sudah memadai bagi menjernihkan suasana, sementara beliau lebih selesa mengambil pendekatan bermuhasabah dan memperbaiki kualiti ibadahnya.

“Bagi saya, yang berkaitan dengan ibadah ini saya tak perlu pun nak membalas semula sebab memang betullah ustaz pun dah jelaskan. Kita pun yang beragama Islam tahu apa yang sepatutnya tapi dalam masa yang sama, saya masih lagi memperbaiki diri saya, amalan saya.

“Jadi apa yang saya harapkan Allah semakin memberikan saya kekuatan, kesabaran, sebab bukan mudah untuk menjadi anak seni dalam dunia yang semakin mencabar, yang mana setiap apa yang kita buat pasti akan jadi tumpuan.

“Kalau orang lain mungkin dia tak tulis. Tapi tak apalah, bagi saya tidak mengapa tiada masalah,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Majlis Buka Puasa Yayasan Nurjiwa, semalam.

Pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu memaklumkan tindakan berdiam diri adalah bagi mengelakkan salah faham atau kekeliruan sekiranya memberikan penjelasan dari sudut pandang peribadi.

“Bulan Ramadan yang mulia ini kita husnuzon sajalah. Kadang-kadang ada orang tegur ada betulnya juga, mungkin ada kekurangan kita kan.

“Tapi apa-apa pun saya tak akan mengulas ataupun membidas sebab apa, ustaz pun dah jelaskan. Itu dah cukup jelas untuk mereka memahami.

“Saya bimbang kalau saya jelaskan mungkin boleh jadi satu kesalahan pula disebabkan cara penjelasan yang berbeza, lebih baik saya diam saja,” ujarnya.

Selain itu, Siti juga menitipkan pesanan agar netizen lebih berhati-hati dalam melontarkan pendapat agar tidak jatuh fitnah yang boleh mengundang dosa.

“Memang normal zaman media sosial ini dah jadi trend. Semua orang suka untuk membuat pendapat masing-masing.

“Cuma jangan sampai terjatuh fitnah sajalah. Memang dunia media sosial inilah dia punya suka dan duka ataupun asam garam.

“Kalau kita menulis sampai jatuh fitnah yang boleh datangkan dosa pada kita, dah jadi kesalahan untuk kita.

“Kita kena cepat-cepatlah orang kata sedar. Bagi saya, saya tak nak fikir sangatlah,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, tular foto Siti menunaikan solat dengan mengenakan jubah tanpa telekung sehingga mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata, solat Penyanyi Nombor Satu negara itu adalah sah kerana menutup aurat dengan sempurna. 

Sumber : KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 27-2-2026 04:39 PM
bagus tokti! jalan terus!  tiada muslim yang lebih islamic daripada muslimin yang lain...
Quote telracs 28-2-2026 07:09 AM
Gambar ni, dah nampak berusia dah siti.
Harap jangan ada cucuk-cucuk / operate bagai.
Menualah dengan sihat selaras usia, insyaAllah akan tetap berseri.
Quote noor2 28-2-2026 08:13 AM
telracs replied at 28-2-2026 07:09 AM
Gambar ni, dah nampak berusia dah siti.
Harap jangan ada cucuk-cucuk / operate bagai.
Menualah denga ...

Subhanallah...kalau kita x faham apa Allah nk tunjuk x tahula..maksudnya wajah siti, wajah kita juga, wajah anak2 kita juga perubahan yg terjadi adalah tanda kebesaran Allah...x payah tengok keajaiban yang pelik2 baru kita nk sedar...perubahan diri kita dan diri manusia2 yg kita kenal pun dah cukup membuktikan kekuasaan Allah.....masa kita makin suntuk...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053350 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top