CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya tidak mahu ibadah terasa seperti satu tugasan’ - Nora Danish

27-2-2026 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 287| Komen: 0


 



Konsisten dengan perkongsian bermanfaat, pelakon Nora Danish mengakui sedang berusaha memperbaiki diri sepanjang Ramadan dengan memberi fokus terhadap kualiti ibadah, khususnya solat agar dilakukan dengan lebih tenang dan penuh penghayatan.

Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, antara perubahan kecil yang ingin dilakukan ialah tidak lagi tergesa-gesa ketika menunaikan solat sehingga menghilangkan rasa khusyuk.

“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini? Bagi saya, saya cuba untuk memperlahankan diri dan tidak tergesa-gesa ketika solat.

“Saya tidak mahu ibadah itu terasa seperti satu tugasan semata-mata,” kongsinya dalam Threads.

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang tersentuh dengan kejujuran pelakon Puteri itu dalam memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

Rata-rata mereka menyifatkan luahan tersebut sangat dekat dengan realiti kehidupan umat Islam masa kini.

“Perkongsian jujur macam ini buat saya rasa tak keseorangan. Memang ramai bergelut nak kekal khusyuk,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ramadan memang masa terbaik untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Semoga kita semua dipermudahkan,” komen seorang netizen.

“Terima kasih sebab ingatkan perkara penting ini. Kadang-kadang kita solat tapi hati di tempat lain,” ujar seorang pengikut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat perubahan sebenar memerlukan usaha berterusan dan bukan hanya azam bermusim. 

Sumber : KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094704 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top