CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki cari ‘peneman’ terawih, mahu lain-lain wanita setiap hari - "If ada any girl berminat Ramadan masjid hunting do let me know ya"

27-2-2026 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1212| Komen: 11

 



PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mencari ‘peneman’ solat tarawih dengan wanita berbeza untuk beberapa hari mencetus pelbagai reaksi negatif daripada pengguna media sosial.

Menurut hantaran lelaki tersebut di laman Thread, dia akan berada di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari masjid berlainan sepanjang lima hari bagi berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih.

“Kawan saya bawa tunangnya, jadi kalau ada wanita yang berminat Ramadan masjid ‘hunting’, bagitahu saya ya. Nak satu orang sahaja sehari,” tulis hantaran itu.

Turut dimaklumkan lima buah masjid yang bakal dikunjungi yang terletak di sekitar ibu kota dan Sendayan, Negeri Sembilan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang dikatakan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Kenapa kamu perlukan perempuan untuk teman? Lagi pula dekat masjid, hayati dan fokus sendiri saja iftar di masjid. Tak perlu berteman-teman,” kata She.

“Pergi masjid dengan kawan lelaki cukuplah, apa cerita ajak perempuan yang bukan mahram? Perempuan di luar sana, hati-hati dengan lelaki yang begini,” kata Lina.

“Ajak kawan lelakilah, tak perlu tunggang agama untuk ajak anak dara orang ‘dating’ bulan Ramadan. Habis moreh pun dah pukul 10 malam,” kata Silver.

“Semoga wanita yang baik-baik tidak terperdaya perangkap dosa yang nyata,” kata Kuro. 

Sumber : KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-2-2026 04:08 PM
Fake posting la ni.

Quote clueless_gamer 27-2-2026 04:19 PM
Fake and pretentious lifestyle.. to please someone that you don't even know
Quote renko 27-2-2026 04:54 PM
kata2 dr pepek hunter
Quote kemaruk 27-2-2026 04:59 PM
Ini ke aktiviti ngabuburit di bulan ramadan tu
Quote ultra78 27-2-2026 07:56 PM
Inikah orangnya?



Quote zuuu 27-2-2026 08:24 PM
Dh elok dah ko nk iftar,solat n moreh kt masjid tu tapi dh kenapa pulak nk kena ada peneman bagai???patut ko g je ngan kawan ko tu,suh tunang dia tu g terawih ngan family dia je,baru tunang bukannya dh kahwin pon nk berbuka sesama solat terawih sesama
Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:18 PM
Masuk kubur sorang2. Takde peneman.


Quote ninja boy 28-2-2026 07:44 AM
sharlenetexas replied at 27-2-2026 09:18 PM
Masuk kubur sorang2. Takde peneman.

Baru nak cakap huhu
Quote supernaturalee 28-2-2026 07:45 AM
ultra78 replied at 27-2-2026 07:56 PM
Inikah orangnya?

ensem gak

tp red flag naw2

Quote midori888 28-2-2026 08:52 AM
bukan bole duduk sebelah2 pun...tempat solat lelaki dan ppuan kan asing2...
Quote noor2 28-2-2026 08:56 AM
Dunia akhir zaman..dlm berbuat ibadat pun x ikhlas pada Allah,masih fikir nak seronok2

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.189142 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top