CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YANG di-Pertuan Agong gering, pakar perubatan nasihat berehat susulan sakit otot dan tulang

27-2-2026 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1164| Komen: 4

 



YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul. 

Menerusi kenyataan rasmi Istana Negara pada Jumaat, baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara pada Rabu.

"Selain majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim pada Khamis, yang telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain," tulisnya.

Kenyataan itu menambah, baginda bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatannya beransur pulih.

Sumber : MStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 27-2-2026 08:24 PM
Syafakallah..
Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:16 PM
Siapa doc orthopaedic he?


Quote supernaturalee 28-2-2026 07:46 AM
sharlenetexas replied at 27-2-2026 09:16 PM
Siapa doc orthopaedic he?

rahsiaaaa

Quote B40tastePosh 1-3-2026 11:44 AM
Kaya pun kena berehat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.177082 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top