CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan terperangkap isu remeh, fokus bina ekonomi negara - Anwar Ibrahim

27-2-2026 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 709| Komen: 1

 



Rakyat perlu memberikan tumpuan kepada perkara besar yang mampu menentukan masa depan negara dan tidak seharusnya terperangkap dengan isu-isu yang boleh memecah-belahkan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan saling menghormati budaya serta agama masing-masing, sekali gus menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

“Kita menghormati nilai manusia, kita tahu budaya dan ketinggian nilai kemanusiaan dan ini yang kita pupuk supaya fokus kita kepada nilai dan kekuatan ekonomi.

“Kadang-kadang di Malaysia ini terlalu banyak diheret kepada isu-isu kecil dan kita lupa kalau ekonomi kita tak kukuh, pelaburan tidak meningkat, tidak ada harapan untuk anak-anak muda kita dari segi pekerjaan dan mutu pendidikan,” kata beliau pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026, di sini hari ini.

Turur hadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek selain Presiden Huazong Datuk Lim Kah Chuan.

Anwar berkata perpaduan dan keunikan Malaysia terserlah apabila setiap sambutan perayaan diraikan sebagai acara bersama tanpa mengira kaum dan latar belakang, selain sikap saling menghormati yang tinggi ditonjolkan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tiada siapa yang boleh mempertikaikan, namun pada masa sama kaum lain berhak mengamalkan agama masing-masing di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata semua rakyat juga mesti menerima kenyataan bahawa dengan menyantuni dan memberi ruang kepada perkembangan bahasa lain juga menguntungkan dan bukan merugikan negara.

“Sebab itu dalam isu bahasa, kita ambil keputusan untuk anak-anak kita, asalkan mereka semua terima kedudukan bahasa Melayu dan perlu tahu sejarah negara, maka belajarlah,” kata beliau.

Anwar berkata selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina juga penting untuk dipelajari dan dikuasai kerana ia melambangkan bahasa ekonomi yang penting di rantau Asia dan dunia.



Sumber:- Bernama, Malaysiakini

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 27-2-2026 04:23 PM
Setuju.. as overall, life must be go on..

tp uec tu tak payahlah layan ye, nak masuk ipta boleh, tp kena ambik basic spm sekali, tak boleh pakai uec je

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081258 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top