CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Puasa 3 jam, otak saya sakit dengar suara-suara pelik. Saya memang tiada kekuatan untuk menjadi seorang Muslim’ - Cardi B

27-2-2026 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 727| Komen: 2

 


PENYANYI rap wanita sensasi global, Cardi B tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim terutama berdepan dugaan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan. 

Cardi atau nama sebenarnya, Belcalis Marlenis Almánzar, 34, menerusi satu sesi siaran langsung bersama peminat berkata, sekiranya menahan lapar selama tiga jam pun, dia akan kehilangan kewarasan minda. 

“Untuk peminat saya beragama Islam yang sambut Ramadan, saya nak cakap, Tuhan memang takdirkan saya tak lahir sebagai seorang Muslim. 

“Kalau saya bangun tidur dan tak makan selama tiga jam, otak saya akan sakit — akan dengar banyak suara-suara pelik. Saya memang tiada kekuatan untuk menjadi seorang Muslim,” katanya. 

Dalam potongan video terbabit, pelantun lagu Bodak Yellow itu bersahaja sedang menikmati kentang goreng dengan sos selepas melunaskan konsert jelajah, Little Miss Drama Tour.

Bagaimanapun, Cardi sangat mengagumi semangat orang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk menahan lapar dan dahaga demi mengabdikan diri kepada Ilahi. 

“Saya tak boleh hidup dalam kelaparan. Muslim boleh korbankan apa sahaja termasuk makanan, minum dan segala-galanya untuk Tuhan mereka. Mereka sayang Tuhan mereka sangat-sangat. 

“Saya kagum apabila orang setia dan taat kepada Pencipta-Nya,” katanya lagi. 

Video terbabit kini kian tular di gelanggang laman sosial dengan ramai peminat memuji ketelusan ibu empat anak itu dalam berbicara soal perkara rawak dengan para peminat.



Sumber:  – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 27-2-2026 04:38 PM
zaman dulu org rasa puasa ni mcm seksa diri.. tp zaman skrg dah ramai amal intermittent fasting ni, kira idea berpuasa ni sebenarnya ada je faedah kesihatan dia..

bukan sesaja pencipta kita suruh kita buat benda ni setiap tahun.. dia tau tubuh badan kita lebih dari kita sendiri tahu..
Quote ninja boy 1-3-2026 01:36 AM
Ala zaman skrg kan pantas berlalu setakat 5 jam 8 jam 12 jam berlapar no hal pi makan sahur yg kurang lapar minum air byk2 jam 8-12 mlm

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.174192 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top