|
Perkongsian pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjadi perhatian apabila menitipkan pesanan kepada anak-anak muda untuk berfikir masak-masak sebelum memuat naik konten di media sosial. Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming berkata mungkin ketika itu kita merasakan konten yang dihasilkan kelakar namun timbul rasa menyesal apabila ianya diungkit kembali. “Sebab tu adik-adik kalau nak buat video dekat internet ni kena fikir masak-masak. Time tu kita rasa cool dan kelakar. 10 tahun kemudian tak tahu nak menyorok,” katanya. Difahamkan, hantaran itu dibuat selepas netizen berkongsikan semula video lamanya yang membuatkan ramai terhibur.
Sementara itu, ada netizen mengatakan jejak digital tidak akan hilang serta ada yang mengatakan mereka terhibur dengan konten Khairul Aming yang dahulu. |
likilu replied at 27-2-2026 10:30 AM
Apa yg aib nya? KA menari kat US dengan future engineers jugak kawan kawan dia tu, mcm cultural per ...
Shayang replied at 27-2-2026 12:10 PM
KA pun ok je
Kat tt tu ada yg buat parodi menari mcm
Dia elok je reply melayan.

makciktijah replied at 27-2-2026 10:50 AM
dah boleh stop kot. netizen ni kalau part buat lawak bodo mmg tak reti had. smlm makcik tgk ada yg d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.171701 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.