CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Yang Tanya Tu Solat Tak?” – Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza

27-2-2026 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1659| Komen: 38

 


Pelakon Rita Rudaini tampil memberi pandangan mengenai persoalan netizen mengenai Buduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang solat tanpa telekung.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata pakaian yang menutup aurat dengan sempurna sah untuk menunaikan solat.

 


“Apa saja pakaian yang menutup aurat dengan sempurna adalah sah untuk digunakan ketika solat. Takkan itu pun tidak tahu?” katanya.

Sementara itu, Rita turut menegur sikap segelintir individu yang suka mencari kesalahan orang lain serta bertanyakan sama ada mereka yang mempersoalkan itu solat atau tidak.

“Ada sajalah manusia ni. Yang asyik tanya tu, solat tak? Kalau solat mesti tahu syarat sah solat. Hidup kalau suka sangat nak cari silap orang sampai lupa tengok diri sendiri dekat cermin,” katanya.

Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 27-2-2026 09:42 AM
eh dia pun nak sibuk juga
Quote missbigrockstar 27-2-2026 01:36 PM
Edited by missbigrockstar at 28-2-2026 05:24 AM

Teringat zaman dulu bila mana warna putih ialah warna rasmi dan common bagi telekung solat. Ada satu time tu kat Mekah ke mana tak ingat keluar gambar Rosemah sorang ja telekung pink di kalangan orang lain yg bertelekung putih, berjubah putih dan hitam. Org dok memperkata juga lah. Nah, zaman sekarang telekung warna warni, corak bunga², style potongan fancy². Mcm² jenis kain termasuk satin pun ada
Korang pernah tgk perempuan Somalia punya dressing? Telekung ke tudung entah lah, satu
set terus sampai ke lantai. Hah mcm mana tu? lain negara lain cara. Betul lah ulama yg komen tu, telekung tu tradisi sesetengah negara je.
Ok je mcm Tokti pakai tu. Overseas org yg terpaksa solat atas rumput atas sebab bermusafir, pakai pants pun ada. Janji tutup aurat, nampak muka dan tapak tangan, kaki pula pakai stokin.
Quote penmerah 27-2-2026 02:54 PM
Satu je nk komen
Cantik sungguh ritrud kat gambar atas
Jelita, body lean, pakaian on point
Berduit, pandai jaga anak
She definati9n janda berumur cantik jelita
Tapi... itulah.........hurmmmmmmm  jejaka budiman takut nak try
Quote KamikuP 27-2-2026 04:21 PM
Nak mencapub jugak RR ni ek.. saman dan bayo belom?
Quote telracs 27-2-2026 04:35 PM
penmerah replied at 27-2-2026 02:54 PM
Satu je nk komen
Cantik sungguh ritrud kat gambar atas
Jelita, body lean, pakaian on point


Ya, betul.
Saya peminat Rita Rudaini ni .. sebab dia cantik (saya suka tengok orang cantik dan kemas rapi) , pandai jaga badan dan pandai berlakon.
.... walaupun perangainya ...err... semoga dari hari ke hari, beliau bertambah baik ... amein.

Tapi... saya tak kisah pun forumer ke... netizan ke... nak kecam dia... ...
Quote nutcrack8 27-2-2026 04:37 PM
Huhuhu, emmm, yg berckp tu tutup aurat x?

Quote September14 27-2-2026 07:23 PM
Yg salah yg taksub semua bnda ko nk rekod lpstu post…
Quote MsIda 27-2-2026 07:38 PM
Sibuk mencabub selalu dia ni ...dah2 lah tu. Bingit ..dah tua dah
Quote TomyamPuteh 27-2-2026 08:47 PM
Tok Ti sila jaga ketat ketat Tok K tu.
Quote zuriey 27-2-2026 09:11 PM
Time konsert ketat sendat mendat terjojol sana sini rambu ramba samba
Quote cm_vungtau 27-2-2026 09:35 PM
Edited by cm_vungtau at 27-2-2026 09:37 PM

Dulu belajar Pendidikan Islam dia cakap aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dah tak terpakai dah ke sebab aku tengok ramai rilek aje pakai macam tok ti ni sampai nampak tangan? Tu pasal telekung kena labuh bawah tangan.

Tapi tokti dulu spm dia cuma satu aje A1 iaitu BM. Motip haku ingat?
Quote ninja boy 28-2-2026 12:30 AM
Edited by ninja boy at 28-2-2026 03:16 AM

Telekung tu dah diajar pakai sejak kecil utk solat sbb kat rumah korang hari2 pakai t shirt dan seluar jah, jika pakai jubah solat make sure stokin jenis tebal dan tinggi sampai betis dan tudung singkat ada jaminan ka melurut ke bawah bila sujud nampak leher dari belakang seeloknya nak selamat pakai tudung labuh sikit tebal x nampak leher x melurut bila sujud, kalau pakai telekung org belakang boleh fokus kalau pakai jubah corak org belakang terfokus corak alur bontot la lekuk2 lemak la sbb x pakai kain dalam la, macam org laki pakai baju labuh supaya sujud x nampak zakar dari belakang atau nampak pinggang
Seeloknya adab dlm solat kalau byk masa pi mandi wangi pakaian bersih pakaian khas utk solat sbb adab dgn Tuhan harus buat dgn terbaik,
Quote missbigrockstar 28-2-2026 05:22 AM
cm_vungtau replied at 27-2-2026 09:35 PM
Dulu belajar Pendidikan Islam dia cakap aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dah tak terpakai dah ke ...

Aku ingat juga sebab headline besar kat suratkhabar Utusan Malaysia. Siti bangga mendapat pangkat ... (Tak ingat rasanya pangkat 2). Motif aku pun sama kau ingat sampai hari ni? baca kat library sekolah masa tu.
Quote kikiharris 28-2-2026 06:42 AM
Pi solat raya tahun lepas kat overseas, aku rasa org kita je yg lengkap telekung bagai. Mak arab,  semua dgn jubah pastu tudung main lilit. Depa mana ada pakai brooch. Somalian mmg pakai terus mcm tudung labuh cecah buku lali. Bukan time solat je, mmg itu fashion kalau pi kedai. Ada seorg yg aku nampak saf depan, seketat ketat punya baju,mmg ikut bentuk badan. Nasib ramping
Quote noor2 28-2-2026 06:57 AM
Yg pertikaikan tu x biasa solat kat masjid ke apa atau surau awam?. Jenuh dah aku tengok org perempuan melayu solat pakai seluar, pakai jubah biasa..aku pun sama kalau x cukup telekung dlm surau...yg penting lengkap stoking..ehhh yg penting dari Allah bukan dari manusia2 lain..
Quote asfaz 28-2-2026 07:20 AM
cm_vungtau replied at 27-2-2026 09:35 PM
Dulu belajar Pendidikan Islam dia cakap aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dah tak terpakai dah ke ...

Tokti gred 2. mohtipp Ai jugak igt

Btw ramai aje yg solat tak pakai telekung. Asalkan tutup aurat. tudung kalau tak labuh 50" 60" haa pin elok2 jangan time rukuk sujud tudungnya ikut turun sekali nampak leher.Stoking tu jangan pakai jenis pendek yg ngam2 buku lali.Nanti time kita sujud ternampak sikit.
Pernah aje ai jumpa cmni.
Quote asfaz 28-2-2026 07:23 AM
ninja boy replied at 28-2-2026 12:30 AM
Telekung tu dah diajar pakai sejak kecil utk solat sbb kat rumah korang hari2 pakai t shirt dan selu ...

Terbaca kat thread,pompuan ni hilang seluar dlm. Solat dah biasa tak pakai suar dalam.G masjid pun bukak gak sb tak selesa pakai.Adehhhhh
Quote ninja boy 28-2-2026 07:33 AM
X pakai suar dlm sbb keputihan keluar ka atau suar dlm ada bau bacin
Tapi kalau jenis banyak masa banyak baju seeloknya kalau boleh nak mandi tukar pakaian bersih termasuk spender sblm solat
Quote Minami2013 28-2-2026 07:40 AM
asfaz replied at 27-2-2026 11:23 PM
Terbaca kat thread,pompuan ni hilang seluar dlm. Solat dah biasa tak pakai suar dalam.G masjid pun ...

Ni kelakar

Dia letak merata ke seluar dlm dia, tak masukkan siap2 dlm beg.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056240 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top