|
REMBAU – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan gara-gara cuba mengelak binatang di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau – Pilin – Lubuk Cina di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika mangsa, Badrul Hisyam Shaharin, 47, memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dapat perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau melalui Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina. “Sebaik sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba terdapat seekor binatang yang tidak dikenal pasti melintas dari arah sebelah kanan ke kiri. Pemandu cuba mengelak ke kiri namun telah hilang kawalan dan kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya. “Akibat kejadian, tayar hadapan kiri pecah, rim hadapan kiri rosak, bumper hadapan pecah, bonet hadapan kemek, cermin hadapan pecah, lampu hadapan kiri pecah dan fender hadapan kiri kemek. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini. Sementara itu, Chegu Bard dalam perkongsian di media sosialnya meluahkan kesyukuran tidak mengalami sebarang kecederaan. “Berakhirnya kisah “anak gajah” jentera tempur yang pernah beri khidmat dalam banyak aksi massa dan kerja kebajikan selama 13 tahun,” kongsinya. Sumber :-KOSMO! ONLINE
|
ragazza replied at 26-2-2026 11:06 PM
Remuk , tapi pemandu tak cedera pun. Bagus nya hilux
nolya replied at 26-2-2026 11:16 PM
Bagus lagi Allah swt. Kalau orangnya yg remuk spt itu tapi terus bernafas, terbayangkan tak?
Howe ...
ragazza replied at 27-2-2026 06:01 AM
Omg ... kenapa ada ayat "Bagus lagi Allah swt"
Bunyi macam judge . Ada tuhan lain yang tak bagus ...
tumpanglalu74: Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2026 10:38 PM Peringatan dari Allah. Betol dia betol sebab dedahkan kesalahan orang. Tapi ada yang merayu mintak ...
KamikuP replied at 27-2-2026 04:25 PM
Sapa yg capmelan tu cuolls.. cer bagi tau.. ekekek
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.175585 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.