CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 rakyat Malaysia masih di Iran, enggan pulang ke tanah air

26-2-2026 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1485| Komen: 17

 



Kuala Lumpur: Seramai 13 rakyat Malaysia masih berada di Iran dan dilaporkan memilih untuk tidak pulang ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua 13 rakyat Malaysia termasuk pelajar itu sudah diberikan nasihat beberapa kali supaya pulang ke tanah air.

"Ada yang tak nak balik, jadi 13 ini masih berada di Iran dan kita sudah meminta mereka menandatangani surat indemniti.

"Surat itu menyatakan bahawa mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan, kerana kita nak bawa balik tetapi mereka tak mahu balik di atas kerelaan mereka sendiri. Oleh itu, mereka masih berada di sana," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang meminta menyatakan pelan evakuasi dan kecemasan buat rakyat Malaysia di Iran dan jumlah rakyat negara ini yang masih berada di sana. 

Katanya, Wisma Putra juga sudah mengeluarkan nasihat perjalanan sebanyak dua kali untuk rakyat Malaysia tidak ke Iran, sekiranya tiada perkara penting.

"Ada juga yang pergi, baru-baru ini pergi. Janganlah pergi ke sana, kerana dalam keadaan sekarang ini, apa juga kemungkinan akan berlaku.

"Seperti pada masa yang pertama tahun lepas, kita terpaksa membuat pelan evakuasi dan terpaksa menempuhi jalan darat sehingga 1,200 kilometer daripada Tehran ke Ashgabat, Turkmenistan." katanya

Menjawab berhubung pendirian Malaysia sekiranya perang tercetus di Iran, Mohamad berkata, pendirian Malaysia adalah konsisten.

Katanya, Malaysia secara berprinsip sentiasa mahukan kedamaian dan keamanan.

"Mana-mana negara yang melakukan pencerobohan, peperangan dan keganasan, kita akan mengutuk. Kita tak kira siapa, kerana kita mengamalkan dasar berkecuali, dasar keamanan dan kesejahteraan.

"Sesiapa saja yang mengamalkan dasar keganasan terhadap kemanusiaan atas apa juga alasan, kita akan membuat kutukan dan mengecam tindakan berkenaan. Itu pendirian negara kita," katanya.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 27-2-2026 06:17 AM
Iran tu USD tak boleh guna.
bila ada rakyat malaysia gi sana tak nak balik
mmg sesuatu sangat.
Quote ultra78 27-2-2026 07:45 AM
Yang stay sana tu mungkin dah ada keluarga di sana. Hidup mereka dah kat sana.Biarlah
Quote supernaturalee 27-2-2026 07:59 AM
bagi je dorg sign

jadi ape2 sendiri tanggung

simple as that

in fact x yah ambik tau pun


Quote midori888 27-2-2026 08:19 AM
lantak deme...
Quote shamsadis 27-2-2026 09:05 AM
esok lusa....'kerajaan wajib bantu kami keluar dari sini'....gitu tengoklah nanti, percayalah cakap aku, orang Malaysia mudah kena scam...


Quote Blu3butter 27-2-2026 09:07 AM
Yg tak nak balik tu tak terfikir ke family yg dkt sini risaukan diarg
Quote asfaz 27-2-2026 09:16 AM
supernaturalee replied at 27-2-2026 07:59 AM
bagi je dorg sign

jadi ape2 sendiri tanggung

Bila jadi apa2,kerajaan Malaysia jugak dipersalahkan.
Walhal diri sendiri tak nak balik,jadi apa2 mula la jual cerita sedih.
Quote AuntyZaza 27-2-2026 02:30 PM
nape ye tak nak balik


Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:49 PM
Edited by sharlenetexas at 27-2-2026 09:50 PM

Alex yoong masih dgn gf iranian itukah?
Dulu gosip heshe gayah sulung. Ada kemungkinan baisek kah?


Quote supernaturalee 28-2-2026 07:37 AM
sharlenetexas replied at 27-2-2026 09:49 PM
Alex yoong masih dgn gf iranian itukah?
Dulu gosip heshe gayah sulung. Ada kemungkinan baisek kah?


ex racer tu ke

dh serai ke dgn Ariana miss M'sia
Quote zehra2 28-2-2026 08:54 AM
kalo swiss embassy keluar dari iran, mungkin perang sebab swiss perunding iran vs US
Quote Skuau 28-2-2026 09:17 AM
mana la tau....depa nak 'berjuang' jugok.
Quote Dwdrum 28-2-2026 09:29 AM
Iran bukan small country....
Quote akuninja 28-2-2026 09:37 AM
Di situ sudah ada rumah mereka...
Quote silance 28-2-2026 10:06 AM
Tanya pendapat acik lombok.
Quote sharlenetexas 28-2-2026 02:29 PM
supernaturalee replied at 28-2-2026 07:37 AM
ex racer tu ke

dh serai ke dgn Ariana miss M'sia

Dah lama cerai. Anak pun dah besar. Jadi racer A1.


Quote manopp 9-3-2026 12:06 AM
Dwdrum replied at 28-2-2026 10:29 AM
Iran bukan small country....

Ko dulu gi US jadi maid in LA guna visa apa?


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.152869 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top