|
Pelawak dan pelakon yang juga anggota Senario, Saiful Apek bersedia untuk bergelar datuk pada tahun ini selepas anak sulungnya, Mohd Riyadh Aslam, 31, mendirikan rumah tangga, tiga tahun lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, dia yang meminta anaknya agar tidak memiliki cahaya mata terlalu awal selepas berkahwin pada 2023. "Cucu, belum ada lagi. Saya dah cakap pada anak, seorang sudah berumah tangga dan seorang lagi akan berkahwin. Saya pernah cakap yang saya belum 'ready' (sedia). Saya belum 'ready' nak jadi datuk. "Jadi, anak-anak saya memahami. Tiga tahun dah dia (anak sulung) berkahwin. Tapi saya sudah beritahu dia (anak), insya-Allah tahun ini papa sudah bersedia (jadi datuk). "Mereka (anak-anak) tunggu saya punya pengumuman. Tak baik kan. Tahun ini pun, perkahwinan anak sulung saya nak masuk tahun ketiga. Jadi, sekarang saya dah izinkan," katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Saiful Apek berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set program Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di Bazar Ramadan Presint 3, di sini, baru-baru ini. Ditanya mengenai tindakannya itu disebabkan tidak mahu berasa sudah berusia, Saiful Apek menafikannya sambil memberitahu mempunyai alasan tersendiri. "Ketika itu, saya tak 'ready' bukan sebab takut rasa tua. Saya cuma tak nak orang asyik panggil datuk, saya tak nak. Ada pihak nak beri saya gelaran Tan Sri pun, saya tak nak. "Saya nak orang terus panggil saya, abang, itu sahaja. Tapi, tak ada apalah, saya rasa sebenarnya hanya menyakat anak-anak sahaja. Sebab urusan nak beri saya cucu, terpulang kepada mereka," katanya. Katanya, anak keduanya, Mohd Radzin Aiman, 28, juga akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini sekali gus memperoleh rezeki mempunyai dua menantu. Berbicara mengenai Ramadan, Saiful Apek berkata, rutin pemakanan yang diamalkannya agak unik seperti makan bubur lambuk, buah kurma dan air kosong sebagai juadah sahur dan berbuka. Katanya, rutin itu sudah dilakukannya sejak kanak-kanak ketika membesar dengan keluarga angkat dan diteruskan sampai sekarang. "Saya sebenarnya tak pernah pergi bazar Ramadan. Sejak dari kecil, saya sudah dilatih oleh keluarga angkat untuk sahur dan berbuka dengan makan bubur lambuk, kurma dan air panas. "Mungkin ini (rutin) sudah sebati dengan saya sejak dari dulu lagi. Jadi, saya langsung tak pernah pergi ke bazar membeli juadah atau teringin nak makan apa-apa. "Paling penting, ada bubur lambuk yang saya masak sendiri di rumah atau dapat daripada pihak masjid. Alhamdulillah, saya bersyukur untuk makan sahur dan berbuka puasa," katanya. Katanya, selama sebulan berpuasa menikmati juadah sama iaitu bubur lambuk dan kurma ketika sahur serta berbuka puasa tidak menyebabkan dia berasa muak tanpa menikmati juadah enak lain. Sumber : Harian Metro
|
selama hari ni ingat dia bujang mcm eby yusasfaz replied at 26-2-2026 04:40 PM
Euwwwww... hidup anak lepas kawin pun kau nak control. Bukan anak yg tak bersedia lak tu. Euwwww das ...
aammyy replied at 26-2-2026 03:31 PM
Tak pernah tau pulak dia dah kahwin ada anak bini selama hari ni ingat dia bujang mcm eby yus
aammyy replied at 26-2-2026 07:31 AM
Tak pernah tau pulak dia dah kahwin ada anak bini selama hari ni ingat dia bujang mcm eby yus
arffa replied at 26-2-2026 10:04 PM
Dia ada cakap hanya menyakat anak menantu, soal zuriat terpulang pada mereka. Nampak tak I baca ke ...

arffa replied at 26-2-2026 10:04 PM
Dia ada cakap hanya menyakat anak menantu, soal zuriat terpulang pada mereka. Nampak tak I baca ke ...
i pun pelik dgn statement dia. Rupanya nak buat lawak abah2 (dad joke)
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.283615 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.