CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teringin bawa lagu bapa tapi Ameng tak setuju, mahu Ammar Haikal naik cara sendiri

26-2-2026 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 731| Komen: 5

 



ANAK kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal mendedahkan bapanya tidak membenarkan dia untuk menyanyikan semula lagu nyanyiannya ketika membuat persembahan. 

Menurut Ammar, 19, keputusan itu dibuat bagi membolehkan dia membina identiti sendiri dalam industri muzik tanpa bergantung kepada nama besar bapanya itu. 

"Buat masa sekarang belum lagi (nyanyi semula lagu Ameng). Ayah tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring. Dia kata tak nak saya nampak ada unsur Ameng. 

"Dia nak saya bergerak sendiri dan tak berada di bawah bayangan Ameng Spring. Dia pesan kalau pergi buat persembahan atau buat 'cover', dia pesan jangan bawa lagu dia," katanya kepada mStar. 

Ammar memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Dentam Dentum Raya!, baru-baru ini. 

Mengakui teringin untuk menyanyikan lagu bapanya seperti dilakukan beberapa penyanyi muda lain, Ammar bagaimanapun menghormati permintaan Ameng. 

Tambah Ammar, buat masa ini dia memang tidak ada perancangan untuk berduet atau menghasilkan lagu bersama bapanya.

"Sebenarnya saya nak bawa lagu ayah sebab kita tengok macam Zaki bawa lagu ayah dia, Merah pun sama. Tapi ayah cakap, tak payah, jangan buat. Jadi saya hormat keputusan ayah.

"Projek kerjasama dengan ayah memang tiada. Tapi projek luar itu adalah seperti pergi majlis sama-sama atau luang masa bersama. Cuma untuk hasilkan lagu bersama memang belum ada,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ammar tidak menafikan namanya mula dikenali kerana statusnya sebagai anak kepada Ameng.

“Memang tak dapat dinafikan orang kenal sebab ayah. Saya tak nak cakap orang kenal sebab diri saya sendiri. Saya jadi macam ini pun sebab ayah yang tolak dan beri sokongan.

“Jadi kalau orang kata ‘Ammar famous sebab ayah dia’, saya terima dengan hati terbuka. Anak ayah kan?” ujarnya.\

Berjaya tidak mengikuti cara nyanyian bapanya, Ammar berkata dia kini semakin menemui rentak sendiri dalam industri.

“Awal-awal dulu mungkin ya (ikut cara ayah) sebab saya bawa lagu balada. Tapi lepas ayah nasihat suruh cuba versi lain, bawa lagu laju dan sebagainya, saya rasa sekarang mampu bergerak dengan cara sendiri. Saya tak ikut bayangan Ameng Spring,” ujarnya.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vender 26-2-2026 12:23 PM
Ammar ni mcm baby pian..muka librarian. Suara dia x nampak distinguish la mcm ayah dia. Takpe muda lagi boleh diasah lagi bakatnyaaa
Quote ninja boy 26-2-2026 03:51 PM
Ameng suara unik
Quote DARSITA 27-2-2026 01:11 AM

Okay la alasan bapa dia kan bukan mcm arwah Saleem ..
Quote Blu3butter 28-2-2026 06:09 AM
Bagus la gitu takde la drama sgt. Ada identiti sendiri lg baik drpd berlindung balik bayangan ayahnya. Baru org respect lbh
Quote alien88 28-2-2026 07:23 AM
Mcm ni lagi bagus, kurang2 Ammar tak dibayangi Ameng Spring, patut masa TTMM dia tak pernah nyanyi lagu Spring.. Apa2 pon bila tgk muka Ammar, teringat dkt arwah Achik Spin

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.095639 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top