|
PENYANYI dan pelakon Korea Selatan,Ok Taecyeon dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya pada 24 April depan.
Menurut laporan SPOTV News, majlis perkahwinan itu akan berlangsung secara tertutup di sebuah lokasi tertutup di Seoul, Korea Selatan. Hari bahagia tersebut dijangka menjadi detik kemuncak hubungan cinta mereka yang telah terjalin selama sedekad. Ini bakal menyaksikan perkahwinan kedua bagi anggota kumpulan 2PM selepasHwang Chansung berkahwin pada 2021. Pada November tahun lalu, Taecyeon mengesahkan dirinya bakal bergelar suami dalam masa terdekat. Perkara itu turut dimaklumkan oleh agensinya, 51K yang menyatakan majlis perkahwinan akan diadakan di Seoul pada musim bunga 2026, namun lokasi serta tarikh sebenar dirahsiakan. Sebelum ini 51K mengesahkan hubungan percintaan Taecyeon pada 2020. Bagaimanapun, pihak agensi menegaskan mereka tidak akan mendedahkan maklumat peribadi teman wanitanya kerana bukan dalam kalangan selebriti. Sebelum ini, spekulasi mengenai pertunangan pasangan berkenaan tercetus apabila foto Taecyeon sedang berlutut di hadapan kekasihnya di Paris tersebar di media sosial. Namun, gambar tersebut kemudiannya dipadam dan pihak 51K menjelaskan ia bukanlah momen lamaran, sebaliknya sekadar sambutan hari lahir. Sumber : mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.037086 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.