CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Virgoun tamat zaman duda, pilih bulan Ramadan untuk kembali bernikah

26-2-2026 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 487| Komen: 1

 


PENYANYI Indonesia, Virgoun dilaporkan bakal menamatkan zaman duda dan kembali mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya bernama Lindi Fitriyana. 

Ketua Pejabat Agama Daerah Tangerang, Indonesioa mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Virgoun telah membuat pendaftaran nikah pada 12 Februari lalu. 

Malah pasangan itu juga telah menetapkan tarikh pernikahan mereka pada 26 Februari ini.  

"Kami telah terima pendaftaran secara atas talian daripada kedua-duanya. Semua dokumen syarat nikah telah kami terima. 

"Lindi sendiri datang ke pejabat untuk memaklumkan proses pernikahan mereka. 

"Mengikut permohonan mereka bernikah pada 26 Februari 2026 namun tempatnya masih belum diberitahu secara rasmi," jelas wakil berkenaan. 

Malah pihak berkenaan juga memaklumkan Virgoun akan menyerahkan barang kemas seberat 4.90 gram sebagai mas kahwin dan jumlah wang hantaran masih dirahsiakan. 

Terdahulu kisah pernikahan Virgoun menjadi bualan selepas tular kad undangan majlis perkahwinannya. 

Tidak menafikan perkara tersebut, penyanyi itu bagaimanapun meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan. 

Ini merupakan perkahwinan kedua Virgoun selepas sah bercerai dengan penyanyi Inara Rusli pada November 2023. 

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 26-2-2026 12:09 PM
iols kenot lah mamat ni. teringat kes cerai dia dulu tu, rasa jijiks giler. rasa mcm dia ada wild imagination. goodluck to bini baru. make sure chuols jd bini grg ok.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.030788 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top