CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Mana nak cari lelaki virgin?” - Giliran wanita ambil serius soal maruah diri, mahu bakal suami ‘suci’ bebas maksiat

26-2-2026 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3990| Komen: 29

 


SEORANG wanita meluahkan hasrat mahu mengenali lelaki yang masih teruna atau virgin dan tidak pernah terlibat dalam perkara maksiat.

Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mengakui dia semakin trauma untuk berkenalan kerana kebanyakan lelaki yang ditemuinya secara jujur mengakui mempunyai sejarah silam.

Baginya yang masih teguh menjaga kesucian diri, adalah tidak adil untuk menjadikan lelaki yang sudah tiada teruna sebagai suami.

"Mana nak cari lelaki virgin ye? Kebelakangan ni asyik kenal lelaki yang jujur pernah 'buat' dengan bekas pasangan dia. Sebagai seseorang yang masih dara, sangat tak adil.

"Kita jaga diri baik-baik kemudian lelaki yang tak ada teruna nak jadikan kita sebagai isteri dia. Saya jadi trauma nak kenal lelaki baharu.

"Macam mana kalau bekas pasangan dia tak reda dengan apa dah berlaku dan doakan yang bukan-bukan dekat dia," keluhnya di Threads.

Dalam masa sama wanita ini turut mempertikaikan sikap sesetengah pasangan bercinta yang menormalisasikan perlakuan zina dalam perhubungan.

Difahamkan, wanita itu kini sedang menjalani Projek Tahun Akhir (FYP) di sebuah universiti dan dijangka menamatkan pengajian pada tahun ini.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan pandangan berbeza mengenai soal masa lalu dan pilihan pasangan.

"Perempuan yang baik tak akan ungkit kisah silam seorang lelaki, mungkin dulu lelaki tu dipaksa atau dalam keadaan tak sedar kita mana tahu.

"Sejujurnya, ramai yang masih ada teruna. Cuma kena luaskan kumpulan kawan. Saya ada kawan yang bersentuhan tangan (lain jantina) pun tidak.

"Kenapa lelaki boleh marah kalau perempuan yang dah tak ada dara tapi perempuan tak boleh marah kalau lelaki tiada teruna?," komen beberapa netizen.

Susulan perdebatan itu, wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak.

"Saya tak sangka boleh dapat perhatian begini. Saya tak ada niat nak memalukan mana-mana jantina sekali pun. Cuma bertanya dan ingin tahu.

"Minta maaf kalau ada yang terasa atau tidak boleh terima tapi setiap orang ada keinginan dan saya terima nasihat dengan hati terbuka," ujarnya.

Menurut doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang, tiada cara spesifik atau saintifik untuk menentukan lelaki itu masih teruna.

Namun, apa yang dimaksudkan wanita ini mengenai teruna tersebut adalah merujuk kepada lelaki yang masih tidak terjebak dengan zina atau maksiat.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BawangCaramel 26-2-2026 11:43 AM
Quote Decaffeinated 26-2-2026 12:14 PM
Lelaki sejati hilang virginity ditangan wanita juga kan? gitu aku nak cari pasal dgn acik2 porum
Quote shamsadis 26-2-2026 01:12 PM





Quote midori888 26-2-2026 01:24 PM
Dlm Al Quran ada mentioned pasal ni...why nak risau...jaga diri sendiri sudah..


Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)
Quote Prickford 26-2-2026 01:35 PM
midori888 replied at 26-2-2026 05:24 AM
Dlm Al Quran ada mentioned pasal ni...why nak risau...jaga diri sendiri sudah..

kannn. jantan dah penah tidur wanita lain, kawin pon dgn wanita yg penah tidur dgn jantan lain. Nanti sama2 la dah kawin tu tobat sampai penghujung usia.
Quote Kitty_catz 26-2-2026 01:49 PM
dari nak check virginity bagai... baik check gayah umah lemari ke tak, or if ada dna biawak, mengisap dadih ke, isap gam ke, kaki pukul ke.. even if kerja tapi hari2 duk mengangkang henpon berjahit ditangan pun teda gunanyehhhh

sok dpt 2,3 combination kat atas,, menages tak berlagu kak uiiii
Quote ninja boy 26-2-2026 03:40 PM
Laki teruna tgk muka awek manakala lelaki x teruna tgk bontot dan tetek awek
Laki teruna malu2 kucing dgn perempuan cantik lelaki x teruna memandang terus muka awek tanpa berganjak
Quote axl_bach 26-2-2026 04:23 PM
midori888 replied at 26-2-2026 01:24 PM
Dlm Al Quran ada mentioned pasal ni...why nak risau...jaga diri sendiri sudah..



Apa ko igt ayat tu satu jaminan ke yg jodoh org baik pasti dgn org baik???...

Ayat tu bukan berkenaan dgn jaminan Allah Taala, tp asbab nuzul ayat tu sbb ada sahabat yg nk mengahwini wanita yg diketahui x baik akhlaknya.... Jadi ayat tu turun sbg panduan dlm memilih jodoh....

X ada kaitan Allah dah janji jodoh org baik pasti dgn org yg baik juga.....
Quote orangbiasaje 26-2-2026 04:39 PM
entahlah labu...ikutmulah, kamu yang nak kahwin. Takleh palsa dia terima lelaki tanpa teruna gak. Kang tak memasal dia asyik mengungkit, dia terima lelaki tu terpaksa walaupun laki tu tak teruna. Nak ke sepanjang kahwin kena hadap tu?

Senang citer, kalau ada adik-beradik atau saudara-mara lelaki, cuba tanya diorg. Mesti diorg tau kawan2 diorg mana yg liar, mana yg suci. Lelaki slalu sharing je benda2 gini sesama kwn laki.
Quote PULANGKAN 26-2-2026 04:42 PM
iols setuju jugak dengan apa yang sheols cuba sampaikan, kenapa orang ramai marah?

before this, pernah dengar laki cakap benda sama, ni perempuan pun cakap benda sama. tak pernah zina, jaga diri dari pergaulan bebas. diorang cuma nakkan bakal suami/ isteri pun begitu, yang menjaga diri.

yang lain2 komen seolah marah pulak. orang tu salah ke? tidak. orang ramai betul ke? juga tidak.

jangan normalize zina. Allah nampak segala perbuatan kita, malaikat kiri kanan pun ada
Quote cm_vungtau 26-2-2026 05:10 PM
Kalau lelaki teruna dia akan ajak kawin. Atau cari aje yang tak pernah bercouple. Kalau yang jenis sidai lelama tu tak teruna la kot. Kalau teruna selalu tak menyabor kalau boleh esok dia nak bawak jumpa tok kadi
Quote batmana 26-2-2026 07:48 PM
Kalu lelaki tu baik.keje cukup mkn je..xde degree bagai.harta xde.ko igt mak ko pandang ke nk buat menantu?
Quote plywood 26-2-2026 09:01 PM
Apa perempuan cuba nak sampaikan...

Apa yg berlaku disekeliling tu bukan boleh kita kontrol. Ianya akan berlaku samada suka atau tak, ikut mcm mana yang kita suka atau tak, yang boleh cuba kita kontrol spt yang kita mahukan cuma hidup kita sendiri... persekitaran kita, minta maaflah, tak ada orang peduli kecuali klu tak ada kuasa spt kuasa pemerintahan

apa yang kita boleh buat ialah cuma cuba dapatkan dr sekeliling kita apa yang kita mau....

contohnya klu nak lelaki virgin, carilah dalam pool lelaki tu, usahlah smapi dpt... nak merintih, mengeluh dgn apa yang berlaku sbb tak dpt, itu tak penting dlm kehiudpan orang lain dlm masyarakat, sbb masing2 ada masalah sendiri masing2 ... lainlah bagi duit sedekah dgn ramai orang, adalah yg hadap dgn rintihan dan keluhan..

ketap bibir, kuatkan semangat, katakan sangup merenangi lautan api untuk dpt lelaki virgin, berjuang setiap tanpa henti sampai dapat... semoga berjaya





Quote gigahertz 27-2-2026 06:14 AM
batmana replied at 26-2-2026 11:48 AM
Kalu lelaki tu baik.keje cukup mkn je..xde degree bagai.harta xde.ko igt mak ko pandang ke nk buat m ...

jawab depan mak : tapi dia teruna mak.

mak be like : ????
Quote AuntyZaza 27-2-2026 03:18 PM
now kes hiv tinggi sgt, maybe la kot kena cari pasangan yg betul2
Quote zuuu 27-2-2026 08:40 PM
Susah nk cakap pasal jodoh ni,apa yg kita nk x semestinya kita dapat,ada je pompuan baik2 dapat laki perangai setan,ada gak lelaki baik2 dapat bini perangai witch...moga this girl dapatlah apa yg dia inginkan
Quote mawardia 27-2-2026 09:07 PM
Decaffeinated replied at 26-2-2026 12:14 PM
Lelaki sejati hilang virginity ditangan wanita juga kan? gitu aku nak cari pasal dgn acik2 porum
...

Kau kannnn.
Adaaaa je tau idea kau nak baling mercun kat porum ni.  
Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:19 PM
Ada ke?


Quote sharlenetexas 27-2-2026 09:20 PM
ninja boy replied at 26-2-2026 03:40 PM
Laki teruna tgk muka awek manakala lelaki x teruna tgk bontot dan tetek awek
Laki teruna malu2 kucin ...

Boleh je nak berlakon inesen.


Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.235579 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top