|
Kuala Terengganu: Kematian kucing yang bangkainya ditemui di Pusat Rekreasi Pantai Air Tawar, Besut, Jumaat lalu bukannya disebabkan termakan racun.
Sebaliknya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri mendapati kematian kucing itu berpunca penyakit Positif Feline Coronovirus (FCoV). Pengarah JPV negeri, Dr Anun Man berkata, pihaknya menerima keputusan laporan hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian kucing daripada makmal, Isnin lalu. Katanya, kucing yang ditemui mati itu dikesan positif FCoV menyebabkan ia diserang wabak penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP). "Kita mengesahkan kematian kucing yang bangkainya ditemui di Pusat Rekreasi Pantai Air Tawar, Besut Jumaat lalu tiada kaitan dengan unsur khianat atau kezaliman terhadap haiwan berkenaan," katanya. Pada Sabtu lalu, pekerja bahagian kebersihan dan penduduk dilaporkan menemui tujuh kucing bergelimpangan di syaki diracun di kawasan Rekreasi berkenaan. Difahamkan, kucing yang ditemui mati bukan dipelihara individu, sebaliknya haiwan berkeliaran. Pada Ahad lalu, Dr Anun dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan kematian beberapa kucing yang bangkainya ditemui di pusat rekreasi di Pantai Air Tawar, Besut. Bagaimanapun, Dr Anun mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan rasmi mengenai penemuan bangkai kucing, tetapi pegawainya dihantar ke lokasi penemuan bangkai untuk siasatan selepas dimuatnaik melalui laman sosial pada Sabtu lalu. Mengulas lanjut, Dr Anun berkata, hasil ujian makmal mendapati kematian kucing itu tiada kaitan dengan unsur khianat atau kezaliman. Sumber : Harian Metro
|
ultra78 replied at 25-2-2026 11:45 PM
Ooo..lebih kurang mcm parvo la ni. Kalau terkena akan mati
prettyuglybabe replied at 25-2-2026 04:13 PM
ye ke? klu fip boleh mati serentak berjemaah ke?
timahterung replied at 26-2-2026 03:43 PM
Boleh rasanya . Kakak aku dulu bela banyak kucing sehinggalah asuatu hari sedara mak aku hantar ku ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.163822 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.