CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahiril Adzim nafi 'buat' hidung - "Saya tak ada niat nak kecilkan tiba-tiba jadi macam hidung orang 'Korea'

25-2-2026 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2295| Komen: 22

 



Pelakon, Zahiril Adzim, 42, tampil menafikan dakwaan netizen bahawa dia menjalani prosedur kosmetik untuk mengecilkan hidungnya demi tujuan kecantikan semata-mata.

Zahiril atau pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menjelaskan rawatan berkenaan sebenarnya bertujuan untuk melemahkan otot pada bahagian hidung agar tidak kelihatan terlalu kembang dan bukannya mengubah bentuk asal hidungnya itu.

"Saya tak ada niat nak kecilkan tiba-tiba jadi macam hidung orang 'Korea'. Hidung saya memang besar dan itu adalah identiti saya selama 18 tahun dalam industri.

"Rawatan itu sebenarnya untuk melemahkan otot (hidung). Apabila kita semakin berusia, otot itu semakin kuat. Saya bimbang bila berlakon nanti, 'bunga' hidung saya nampak terlalu kembang di skrin. Itu sahaja," katanya ketika ditemui pada tayangan Filem dan Sidang Media Amira Amir, semalam. 

Zahiril menjelas persoalan mengenai video tular di media sosial baru-baru ini dan mengakui sedar pihak klinik akan memuat naik video berkenaan selain tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu kerana menganggapnya bukan satu prosedur pembedahan plastik. 

"Kalau betul saya nak buat (pembedahan), mungkin tahun kelapan atau kesepuluh saya dah buat. Takkanlah selepas 18 tahun baru saya terfikir nak kecilkan hidung.

"Ia bukan atas faktor kesihatan, tapi lebih kepada imej sebagai pelakon. Selepas rawatan, saya rasa bahagian itu lebih lembut sahaja, tiada perbezaan ketara pun," katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon filem Paskal ini, prosedur tersebut adalah kali pertama dilakukannya dan bukan merupakan rutin bulanan atau tahunan seperti yang disangka sesetengah pihak.

"Ini kali pertama saya cuba. Saya sendiri pun tak sangka ia akan menjadi isu. Jadi, saya harap netizen tak risau kerana saya tetap akan mengekalkan bentuk hidung asal saya ini," katanya.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 25-2-2026 04:44 PM
mana gambo hidung terbaru? atas tu ke??
Quote kalchi 25-2-2026 05:59 PM
Takde maknenye la. Baru je tgk video  dia sama je kembang mcm dlu. Papepun acting ZA mmg best.
Quote likilu 25-2-2026 06:24 PM
Kosmetik prosedur memang melemahkan otot kan macam botox
Quote ragazza 25-2-2026 07:04 PM
Hidung & telinga never stop growing
Quote lolipopmanish 25-2-2026 07:39 PM
Jadikkkkkkkkk
Quote Joysparta 25-2-2026 10:53 PM
Tak penting la hidung tu. Yg penting dia berlakon best
Quote EncikRhoma 25-2-2026 10:57 PM
sama je kembangnya
Quote irsa 25-2-2026 11:58 PM
Tang mana keciknya tu
Quote bintangct 26-2-2026 12:04 AM
iols igtkn dia ni mcm berhijrah ke arah Islamic dah tp rupanya tidak ya.. masih pegang² dgn pelakon wanita lg
Quote amyfaha 26-2-2026 12:19 AM
Xminat dia ni,sembang agama no 1,terpaling alim. Berlakon gomol2 pompuan gak
Quote Perawankota 26-2-2026 02:47 AM
amyfaha replied at 26-2-2026 12:19 AM
Xminat dia ni,sembang agama no 1,terpaling alim. Berlakon gomol2 pompuan gak

Teringat cerita ‘KL underworld’ bkn main dia, bambeto berlakon scene2 yg agak panas.. Dengan makyam pon sama, scene atas katil dgn nabelah..

Quote lasagna 26-2-2026 07:19 AM
bintangct replied at 26-2-2026 12:04 AM
iols igtkn dia ni mcm berhijrah ke arah Islamic dah tp rupanya tidak ya.. masih pegang² dgn pelakon ...

iyoooo iols pun prasan, beriya pgg tgn heroin tak kira apa drama skali pun.
sama lah dgn Haji JulRipin.. haihhhhh.
Quote supernaturalee 26-2-2026 08:59 AM

tang tutttt...eh
Quote supernaturalee 26-2-2026 09:00 AM
ragazza replied at 25-2-2026 07:04 PM
Hidung & telinga never stop growing

betul

so treatment die ni utk pastikan hidung die stop growing



Quote AuntyZaza 26-2-2026 09:40 AM
Mana nak tgk gambar hidung korea? Kembang ja aku tgk
Quote KamikuP 26-2-2026 09:56 AM
Kalau heolls x citer, meolls tatktau pon hidong dia kembang bak seludang kelapa
Quote aciksenah 26-2-2026 09:58 AM
likilu replied at 25-2-2026 06:24 PM
Kosmetik prosedur memang melemahkan otot kan macam botox

Memang botox pun...kalau cakap botox mesti kena kecam lagi teruk dengan netizen. So kena la cakap berlapik sikit. Tapi orang cakap makin kita menua, hidung akan jadi makin besar..hi..hi..
Quote prince_marhaen 26-2-2026 10:51 AM
Bagitau je lah cucuk botox sebab tak nak bagi hidung grow, as we grow older kan... normal je ramai buat.
Cucuk kat kelopak tu.
Quote MakcikTermenong 26-2-2026 11:26 AM
bintangct: iols igtkn dia ni mcm berhijrah ke arah Islamic dah tp rupanya tidak ya.. masih pegang² dgn pelakon wanita lg


Kan....kemahen sangat

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.308599 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top