|
Sejak semalam tular video memaparkan cef selebriti, Chef Wan mencuit pendakwah selebriti, Iddin Ramli ketika bersiaran langsung di sebuah program televisyen. Tampil menjelaskan perkara itu, Chef Wan berkata dia menerima arahan daripada pengurus lantai (floor manager) supaya menegur Iddin yang ketika itu sedang membaca doa terlalu panjang. Menurut Chef Wan ketika itu azan bakal berkemundang dan dia berpendapat mungkin itu merupakan pertama kali Iddin ke rancangan siaran langsung. “Iddin disuruh baca doa sebelum azan berkumandang dan untuk kita berbuka puasa. Hos ada bertanya, doa yang dibaca panjang atau pendek sebab sudah nak azan. “Saya rasa selepas itu Iddin ada kata dia tak perasan sebab pertama kali datang ke program siaran langsung. Dia pun baca doa yang berjela panjangnya, matanya pun tertutup. “Di hadapan kami, floor manager dan kru produksi dah bagi isyarat berkali-kali untuk wrap up. Iddin tak nampak. “Saya diberi arahan oleh floor manager untuk tegur Iddin wrap up doanya. Jadi, saya takut sama ada nak beritahu dia atau tidak, risau nanti viral pula. Nanti saya pula yang disalahkan. “Akhirnya saya cuit juga kerana floor manager dan pengarah semua sudah tidak sabar lagi. Saya cuit dia dan terbukalah matanya,” katanya. Sementara itu, Chef Wan berkata perlu peka dengan masa lebih-lebih lagi dalam program siaran langsung tambahan pula melibatkan waktu azan dan berbuka puasa. “Selalunya bila kita buat program siaran langsung, kena prihatin dengan masa..tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan dan masa orang nak berbuka puasa. “Satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu. Azan tidak boleh lewat, program itu juga tidak boleh dipanjangkan masanya. Ya, doa yang panjang tidak boleh kerana sudah nak masuk waktu azan dan ia juga adalah program siaran langsung,” katanya. Bagaimanapun, Chef Wan berkongsikan ianya pengalaman menarik dapat bersiaran langsung di program berkenaan. Sumber : Rotikaya
|

emera replied at 25-2-2026 04:42 PM
Ni bukan kenmamat yg ada kena mengena dgn scammer laki bini tu? Dia pun semcm. Org yg sama kan?
Shayang replied at 25-2-2026 06:02 PM
Lah chef wan awal2 dah jelaskan pasal ni kat ig hari yg sama lepas dia live tu
Masa tu dia risau gak ...
vender replied at 25-2-2026 04:29 PM
Ustaz ckp dia doa 2 minit je. Tak salah pun doa 2 minit tu tp tgk keadaan juga. Waktu biasa org tgh ...
Chah21 replied at 25-2-2026 08:34 PM
Mmg kena mkn dulu baru doa.. sbb lakusumtu tu past tense.. benda dh jadi.. ni spesies lewatkn berb ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.208416 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.