CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Wanita buat 'Live' sambil makan ketika Ramadan di TikTok ditahan

25-2-2026 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3957| Komen: 19

 



Seremban: Tindakan seorang wanita yang makan dan minum ketika membuat siaran langsung di TikTok pada bulan Ramadan membawa padah apabila ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah berkata, wanita berkenaan ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di rumahnya di Kuala Pilah untuk diambil keterangan.

"JHEAINS mengambil maklum dan memberi perhatian serius berkaitan satu hantaran di laman sosial TikTok yang tular pada 23 Februari lalu berkaitan video seorang wanita muslim yang didakwa menghina atau mencela agama Islam.

"Hasil siasatan mendapati bahawa pemilik aplikasi TikTok berkenaan membuat siaran langsung kira-kira jam 6.45 petang 22 Februari lalu.

"Dia berinteraksi bersama pengikutnya di media sosial berkenaan dan melakukan tindakan terbuka dengan makan dan minum ketika siaran langsung itu berlangsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JHEAINS mengambil tindakan menahan pemilik akaun TikTok terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam, semalam.

"Sehubungan itu, orang ramai khususnya masyarakat Islam dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap sensitiviti agama dan menghormati bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan dan perilaku murni sesuai dengan kehendak Islam.

"JHEAINS sentiasa komited memastikan setiap urusan berkaitan umat Islam di Negeri Sembilan diurus dengan tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang yang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 25-2-2026 12:50 PM
benak mcm bingka ubi
Quote noor2 25-2-2026 12:50 PM
Perempuan ni menjawab dgn nada angkuh bila ditegur...
Quote misszazaz 25-2-2026 12:53 PM
hrrrmmmm
Quote Kitty_catz 25-2-2026 01:33 PM
jenzi ke ni? kut jenzi meols tak heran sbb generation yg having less IQ than previous gen.. 1st in history katanyehhhh

Recent studies and expert testimonies suggest that Generation Z may be the first generation in modern history to score lower on average IQ and cognitive tests than Millennials, reversing the long-term "Flynn Effect". Research links this decline, appearing around 2010, to reduced attention spans, memory, and critical thinking skills caused by high screen time and reliance on digital tools.
Quote BungaKencana 25-2-2026 01:44 PM
Ehh Najihah dah kne tangkap, hr tu bukan eksen lg kau nganjing org
Quote midori888 25-2-2026 02:23 PM
sombong sgt, kasi dia merasa masuk lokap seminggu dua...
Quote plywood 25-2-2026 02:37 PM
Kitty_catz replied at 25-2-2026 01:33 PM
jenzi ke ni? kut jenzi meols tak heran sbb generation yg having less IQ than previous gen.. 1st in h ...



ada jg kajian mcm ni...

Quote airfilterkotor 25-2-2026 02:38 PM
Ummah TikTok? Tidaklah menghairankan.
Quote ibu_haritz 25-2-2026 03:25 PM
Boleh dia ckp terlupa..tak sengaja..
Byk makan tahi ni
Quote Kitty_catz 25-2-2026 03:39 PM

mebi sbb kebenakkan bangsa jenzi tu terserlah sesangat
Quote gigahertz 26-2-2026 05:33 AM

kajian tu mmg betul., sebab lahir lahir atas bumi dah ada internet high speed + gajet.
Quote IzzahF 26-2-2026 09:32 AM
umur 27? mcm 40 an dah rupa dia
Quote vanilacup 26-2-2026 11:44 AM
Dalam X lalu feed muka dia jelas tanpa dikaburkan....
Sebab sosmed lain semua wajah dah dikaburkan...
Harap dia insaf dan bertaubat pasti Allah akan ampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun kpd hambaNYA...
Quote kelip2_07 26-2-2026 12:08 PM
Edited by kelip2_07 at 26-2-2026 03:20 PM

nasib baik ko nismilan peratus hencapan tu krg dr klate
Quote akuninja 26-2-2026 02:07 PM
So silly....
Quote manopBKK 26-2-2026 11:20 PM

Quote Minami2013 26-2-2026 11:26 PM
Dah tak de rasa malu.. even non muslim pun ramai tahu hormat org puasa.
Quote penmerah 26-2-2026 11:37 PM
Di mesia Kalau tak bole puasa tapi makan dalam kereta while on d Road kene tangkap tak?


Quote piamad 26-3-2026 03:12 AM
Stupidnya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.186571 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top