|
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa pembinaan mana-mana rumah ibadat di negeri ini wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk.
Baginda bertitah, membina rumah ibadat tanpa melalui saluran yang sah bukan sahaja melanggar peraturan, malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama. "Undang-undang ini bukan untuk menyekat, bukan juga untuk menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama," titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera, Temerloh, semalam. Titah itu disiarkan menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini. Turut berangkat pada majlis itu, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. "Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi," titah baginda sambil menegaskan bahawa negeri Pahang memerlukan ketertiban dan bukan tindakan terburu-buru yang mengundang sengketa. Sehubungan itu, baginda menyeru pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, Jabatan Agama Islam serta pemimpin komuniti berganding bahu memperjelaskan prosedur serta memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat. Sumber : Buletin TV3
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-4-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028907 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.