CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Que Suruh Saya Jalan Di Depan, Sebenarnya Agama Kita Meratukan Wanita” - Fazura

25-2-2026 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6296| Komen: 91

 


Pelakon Nur Fazura berkongsikan mengenai situasi dia dilihat berjalan di hadapan ketika ke bazar Ramadan bersama rakan sekerjanya Que Haidar baru-baru ini.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Fazura berkongsikan mengenai lelak yang dianggap gentleman berdasarkan pengalamannya yang sudah merantau di banyak negara.

Menurut Fazura, lelaki yang gentleman akan membiarkan wanita berjalan di hadapan untuk melindungi mereka.

“Sebenarnya saya nak jalan depan masa di bazar sebab secara umumnya saya dah merantau banyak negara.

“Saya dah jumpa ramai orang. Lelaki yang gentleman, mereka akan biarkan wanita untuk jalan di hadapan sebab mereka nak menjaga.

“Tak kisah lah siapa, kakak, ibu, kawan, kekasih, isteri atau tunang. Itu cara gentleman,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut berkongsikan mengenai keperibadian Que yang memintanya untuk berjalan di hadapan kerana kebiasaannya wanita berada di belakang.

“Saya cakap dengan Que Haidar masa itu untuk dia jalan di depan. Tapi terkejutnya saya untuk orang melayu seperti kita, dia suruh saya yang jalan di depan.

“Saya terkejut. Sebab di sini budaya lelaki jalan di depan dan wanita di belakang. Tapi sebenarnya agama kita meratukan wanita. Jadi, kebanyakan lelaki yang faham agama, mereka faham perkara itu,” katanya.

Sumber : OhBulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lampuled 25-2-2026 10:32 AM
Oo gitu.. good for you dh jumpa lelaki gentleman.
Quote mrsLucky 25-2-2026 10:40 AM
untung lah dapat sosok lelaki yang meratukan dia
Quote Bedak_Carrie 25-2-2026 10:43 AM
Syukur alhamdullilah diratukan dilindungi.
Till jannah lah ya.
Quote Jamil_Abu 25-2-2026 10:44 AM
lelaki as leader should be in front as a protector. frontman as a shield.
woman will follow.
Quote laksmanabentan 25-2-2026 10:48 AM
huntong laa... cepat2 laaaa
Quote pocongkiutss 25-2-2026 10:49 AM
Erk??
Quote seri_mawr 25-2-2026 11:11 AM
klu sesak...elok la que di belakang....
riso hilang faz dlm bazar...hahaha

Jakel part time service jadi agent cari jodoh gamaknya....
Quote prince_marhaen 25-2-2026 11:12 AM
Takyah lahhh.... bukan jenis biawak juga ke...sebab tu Linda keja sorang2 sampai burn out... nnt kakafaz kena tanggung laki lagiiii....
Quote blakcswan 25-2-2026 11:20 AM
ex dapat jodoh kat jekel.
now ratu faz pula.semoga berjodohan.
mmg ek jekel ni matching kan org yg sesuai, x sampai etahun dah di akad kan
x mcm PV match2 bertahun2 sampai sendu nyah
Quote noor2 25-2-2026 12:41 PM
Cuba tanya ex bini Que..betul ke dia mcm.tu selama ni
Quote mrsLucky 25-2-2026 12:47 PM
prince_marhaen replied at 25-2-2026 11:12 AM
Takyah lahhh.... bukan jenis biawak juga ke...sebab tu Linda keja sorang2 sampai burn out... nnt kak ...

I baca di sini, dia ada kilang sambal dan bisness abc.

Lagi pun dia keturunan Tengku, Tengku leluhur diraja kan?

Kalau berjodohan dan impian Fazura ada anak boboi tercapai, nama anak pun Tengku.
Quote mrsLucky 25-2-2026 12:52 PM
Edited by mrsLucky at 25-2-2026 12:54 PM
blakcswan replied at 25-2-2026 11:20 AM
ex dapat jodoh kat jekel.
now ratu faz pula.semoga berjodohan.
mmg ek jekel ni matching kan org yg s ...


Boleh match2 untuk marketing, yang penting they have chemistry. Kalau takde tentu tak jadi.

Que boleh juga buat macam Fattah, cepat2 take action.

Teringat first time Fattah live dengan Amira dengan western, bukan main all out mengorat

Tapi Que pun advance, siap bagi bunga besar, meratukan Fazura.
Quote Purplehaz 25-2-2026 01:12 PM
mcm matching..mcm tak. semoga dpt jodoh baik lps ni.
Quote brunesss 25-2-2026 01:45 PM
kaka faz yang di ratukan, iolls yang gedikkkkk heeheheheheh loveeee sangat
Quote Shinichikudo 25-2-2026 01:54 PM
kemain memuji eh awal2 ni. FaQue forever!
Quote TomyamPuteh 25-2-2026 02:06 PM
So ratiban keladaks ratu,ratu selama ni dh jd kenyataan la kan?
Quote readbaca 25-2-2026 02:15 PM
masa belajar dulu. ustaz ustazah selalu sebut
belakang wanita itu lebih menggoda sebab tu dilarang orang lelaki berjalan kat belakang wanita

wallahualam
Quote Bedak_Carrie 25-2-2026 02:50 PM
Shinichikudo replied at 25-2-2026 01:54 PM
kemain memuji eh awal2 ni. FaQue forever!

Teruk pulak sebutan tu youuu FaQue forever hahahha
Quote lolipopmanish 25-2-2026 02:57 PM
Faz kata dia banyak persamaan dgn Q

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.151306 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top