|
Pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa sedih membaca berita individu yang kehilangan orang tersayang di bulan Ramadan. Menerusi perkongsian di Threads, Sweet berkata hanya Allah saja mengetahui perasaan mereka yang berdepan ujian berkenaan. “Tidak kuat untuk baca berita kawan-kawan atau orang luar tentang pemergian orang-orang yang mereka sayang. “Lagi-lagi bulan puasa, lepas tu bulan syawal akan tiba. Perasaan tu, Allah je tahu,” tulisnya. Sementara itu, Sweet turut mengucapkan takziah serta berkongsi nasihat agar memberi ruang kepada mereka yang hilang orang tersayang untuk kembali pulih. “Salam takziah buat semua yang sedang menghadapinya. Memang tidak akan kuat untuk kita hadap, jadi ambillah masa sebanyak boleh untuk redhakan segalanya. Semoga arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya. Semalam, anak sulung kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail meninggal dunia selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-4-2026 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032007 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.