CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Live Sebelah Jenazah Anak Amyza, Netizen Kritik Aida Aris

25-2-2026 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2548| Komen: 24

 



Pelakon Aida Aris dikecam netizen susulan tindakannya dipercayai membuat siaran langsung ketika menziarahi rakan selebritinya Amyza Aznan yang kehilangan anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Amyza berada di sisi arwah anaknya dan Aida memaklumkan rakannya itu belum sempat melelapkan mata.


 “Dia belum tidur lagi. Kita bagi kak Amyza tidur dengan arwah,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran Aida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang serta beranggapan tindakan tersebut tidak seusai dengan situasi.

 



Semalam, anak sulung Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10:15 malam akibat kanser paru-paru.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 25-2-2026 08:54 AM
Ada orang yang jenis kemaruk macam no eh.. langsung xde rasa hormat pada jenazah & family. Masa nenek i nazak pon ada cousin sibuk je nak ambik gambar & buat posting sayu2. Bukan tu je , lepas dah siap uruskan jenazah pon dia bukak untuk ambik gambar jugak. Geram betol
Quote talapia 25-2-2026 09:20 AM
semuala nak jadi terpaling update.. terpaling kawan baik.. terpaling rapat..

walhal amyza tu ada je ahli keluarga..
ada jugak terbaca makcik arwah.. adik amyza kot sedih dengan pemergian arwah..
ada video sape entah lelaki berusia.. dalam keadaan uzur pon nak cium arwah buat kali terakhir..
aku assume tu semua ahli keluarga.. pakcik makcik sepupu sepapat.

yang lebih2 ni kawan2 artis.. semua nak live.. nak update.. nak jadi terpaling banyak bagi update n info..
Quote missbigrockstar 25-2-2026 09:22 AM
azimodin replied at 25-2-2026 08:54 AM
Ada orang yang jenis kemaruk macam no eh.. langsung xde rasa hormat pada jenazah & family. Masa nene ...


Orang² mcm ni takda common sense mmg patut kena sound kan. Tegur lembut tapi tegas. Suruh padam waktu tu juga. Zaman socmed yang lebih merosakkan dari membawa manfaat. Parah sgt dah orang² zaman sekarang. Kalau ada accident pun hp keluar dulu jadi pemberita tak bertauliah. Bukan nak pi tolong ke apa
Quote afie_m 25-2-2026 09:26 AM
setakat ambil gambar suasa situ bolehlah lagi diterima kak oi..ni live melampau sgt dah..
Quote jelitayu 25-2-2026 09:58 AM
Kalau tujuan ambil video utk bantu sebagai simpanan/kenangan family arwah mungkin nampak logic sikit (ye lah family semua sedang sangat bersedih dan tak terfikir semua tu), tapi memadai lah share dengan wakil family tu sahaja selepas2 drpd semua urusan telah selesai. Bukan lah di share secara umum mcm tu. Jaga lah adab dan hormati lah mereka yg sedang sangat berdukacita melalui ujian besar ini.
Quote AuntyZaza 25-2-2026 03:05 PM
Jarang dah aida aris ni berlakon.
Quote emera 25-2-2026 04:44 PM
Kalau nak update, bukan selfie sekali muka engko setalam. Ni namanya nk mencapub!!
Quote Shayang 25-2-2026 04:51 PM
talapia replied at 25-2-2026 09:20 AM
semuala nak jadi terpaling update.. terpaling kawan baik.. terpaling rapat..

walhal amyza tu ada j ...

Aku pun mulanya igtkan amyza sorang2 je hadap saat2 ni kat hospital
Rupanya ada ramai ahli keluarga dia, mak ayah dia pun ada lg.
Malah nenek arwah org yg bersama arwah menghembuskan nafas tu.
Tp taktau la mungkin sbb mereka bukan org pemes so tak jumpa la vtt dorang. Lgpun biasanya ahli keluarga tak sempat nak pegang tepon bagai waktu uruskan kematian dlm keluarga.
Quote melinda_kerr 25-2-2026 04:56 PM
siap bermekap bagai ker..
Quote simmes 25-2-2026 09:33 PM
Elok la kecam makcik takde common sense gini.
Family tengah bersedih kot takde faedah & makna langsung buat live
Quote patchipink 25-2-2026 09:47 PM
seram yach tengok muka aida nie kejap-ii menekap muka di screen kejap-ii nampak mata sebelah ,, dgn mekap muka gotik-ii gichue cringe amat
Quote EncikRhoma 25-2-2026 10:59 PM
amyza ok je. Siap reshared lagi video aida aris ni di igstory dia
Quote aammyy 25-2-2026 11:06 PM
Dua tiga kali gak baca. Aida Aris ke A Aida

Aida lagi sorang tu apa ke nama asyik bertuko nama belakang
Quote tukul 25-2-2026 11:11 PM
AuntyZaza replied at 25-2-2026 03:05 PM
Jarang dah aida aris ni berlakon.

Betul..I kena recall siapa aida aris ni....dah auto teringat Rosnah mat aris pulak..
Quote vender 25-2-2026 11:17 PM
Best ke live dgn org mati ni acik? Biasa org amik video, and share dgn family si mati je..bukan utk semalaya..
Quote epuepy 26-2-2026 12:22 AM
Mana sense ko kak? Dh tua2 pn bebal tak leh pk. Didi alias yg bestie pn takde kemaruk nk live dgn jenazah. Untung amyza ada kawan mcm didi. Yg ko ni, dh boleh tolak tepi kot. Org tgh sedih, kemaruk Sgt kejar viewer
Quote hyie 26-2-2026 12:23 AM
EncikRhoma replied at 25-2-2026 10:59 PM
amyza ok je. Siap reshared lagi video aida aris ni di igstory dia

ye nok, tuan badan ok je, netizen as always melebih2 dan triggered + exaggerated
Quote dua_chzy 26-2-2026 12:58 AM
Tq netz kutuk dia.
Quote supernaturalee 26-2-2026 09:14 AM
aammyy replied at 25-2-2026 11:06 PM
Dua tiga kali gak baca. Aida Aris ke A Aida

Aida lagi sorang tu apa ke nama asyik bertuko nama bela ...

1. aida rahim

2. aida radzwill (after her husband's name at that time until divorced)

3. aida khalida (relate dgn nama sebenar sheol: khalidah adibah ahmad)



but predominantly known as aida rahim lah


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038683 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top