|
Terheret kancah sengketa berantai pucuk muda sensasi Puteri Balqis dalam media sosial, pelakon Janna Nick pula secara terbuka mengajak selebriti berusia 19 tahun itu bersemuka secara ‘online’ bagi menjernihkan kekeruhan antara mereka. Bersikap seolah-olah tidak tahu apa-apa, pelakon yang sedang menetap di United Kingdom itu juga sempat menanyakan Balqis tentang masalah sebenar mereka. “Salam, boleh tahu apa isu awak dengan saya? Kalau ada yang tak puas hati, kita boleh jumpa secara atas talian sebab saya sekarang berada di London.” Menepis dakwaan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, memaklumkan hantaran Threads sebelum ini bersifat umum dan tidak berniat mempertahankan mana-mana individu. “Threads saya itu secara general, tak merujuk untuk pertahankan Mia Sara. “Saya seorang yang pendendam, sangat teruk tapi bila saya cuba melepaskkan (tak sepenuhnya), saya rasa lebih baik.
“Tapi kalau awak rasa dengan cara macam ini buat awak puas, buatlah. Saya harap awak sembuh,” katanya dalam hantaran InstaStory. Menyingkap memori lama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mengakui pernah berasa sayu melihat situasi Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish yang terpaksa bekerja pada usia yang sangat muda. “Kita berlakon bersama masa awak kecil, saya ingat trauma saya tercetus apabila melihat seseorang yang berkaitan dengan awak tidur terbongkang di dalam bilik yang saya ingin gunakan untuk solat (bukan mak awak). “Saya tak suka melihat keadaan awak digunakan untuk cari rezeki, masa awak kecil. “Saya rasa sangat sedih sebab saya kenal awal sangat.,” katanya lagi. Dalam masa sama, Janna mendakwa pernah menjadi mangsa pulau dalam kalangan rakan selebriti selama beberapa tahun akibat tindakan ibu pelakon remaja tersebut. “Saya tak kenal awak secara peribadi dan ‘vice versa’. Selepas kita selesai penggambaran, saya ajak keluarga awak makan malam bersama dan diberitahu awak tak nak datang. “Saya tidak tahu apa terjadi. Selepas itu mak awak burukkan saya dalam kumpulan WhatsApp (diberitahu Micheal Ang) selepas habis penggambaran bersama. “Sejak itu saya dipulaukan rakan selebriti mak awak untuk beberapa tahun,” jelasnya. Meskipun wujud perselisihan faham, Janna tetap memuji bakat besar dan dedikasi luar biasa yang dimiliki Aqish sejak zaman kanak-kanak lagi. “Saya rasa pertemuan saya dengan awak dan mak awak terlalu singkat. “Saya masih ingat, awak bawa patung Darth Vader datang set. Saya kagum betapa dedikasinya awak. “Awak tak macam budak-budak lain dan setiap kali saya melihat awak, saya nampak diri sendiri,” tuturnya. Sebelum ini, Aqish menyembur sikap Janna yang dirasakan masuk campur dalam sengketa yang dihadapinya tanpa memahami situasi sebenar. Terdahulu, Janna memuat naik hantaran dalam Threads berkaitan melepaskan dan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang. Bagaimanapun, Janna tidak menyebut nama mana-mana pihak berhubunga hantaran tersebut. Sejak semalam media sosial panas sebaik Puteri Balqis menyeru pelakon Mia Sara menyelesaikan isu antara mereka selepas wanita berusia 20 tahun itu didakwa turut pernah memalukan ibunya. Sumber – KOSMO! ONLINE |


tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 03:28 PM
https://youtu.be/HHP5MKgK0o8?si=qBoCH6qwxeq3kwn0
tumpanglalu74 replied at 25-1-2026 03:28 PM
https://youtu.be/HHP5MKgK0o8?si=qBoCH6qwxeq3kwn0
JiEunTak replied at 26-1-2026 10:20 AM
penuhhhh weekend aku ngan kisah PB vs MS.
some one PLS LAH enlighten me, apa PUNCA sebenar PB menga ...
noor2 replied at 26-1-2026 04:59 AM
Aku lagi x faham org sembang ttg thread. Thread tu mcm thread forum ke apa...x pernah2 aku masuk san ...
Sendawg replied at 28-1-2026 11:55 AM
Thread ni basically replace Twitter. Kalu kat US orang pakai Thread sbb tak suka Elon Musk. Pastu ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-3-2026 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065162 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.