Pelik & Misteri
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Pelik & Misteri 7-1-2026 10:17 AM 6007 Views
DescriptionBANGKOK – Seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman menyeramkan yang menghantui ketika dia menginap di sebuah hotel ...
 



BANGKOK – Seorang wanita Malaysia berkongsi pengalaman menyeramkan yang menghantui ketika dia menginap di sebuah hotel popular di Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam hantaran di laman Facebook, wanita tersebut berkata, sepanjang penginapan selama lima hari di bilik hotel bernombor 301 itu baru-baru ini, dia mengalami  pelbagai kejadian aneh.

Antaranya lampu bilik mandi yang tidak henti berkelip, meskipun selepas dibaiki dan dia kerap terjaga daripada tidur antara pukul 3 hingga 4 pagi (waktu tempatan) dalam keadaan seolah-olah dikejutkan oleh ‘seseorang’.

Beberapa hari selepas menginap di hotel berkenaan, dia menemukan sehelai kertas misteri di sebelah televisyen.

Ia merupakan kertas tangkal dari tokong yang tidak menunjukkan petunjuk jelas tentang nasib baik atau buruk. 

Wanita itu berkata, tangkal itu tiada di situ sebelum ini.

Dalam satu lagi detik menyeramkan, wanita itu berkata, ketika memeriksa kawasan singki, dia mendapati tiada gulungan tisu di sebelahnya. 

Namun, selepas keluar sebentar untuk mengambil tisu, dia melihat  gulungan tisu tiba-tiba tergantung di tempat tersebut.

Wanita tersebut  berkongsi cerita itu untuk mengingatkan pelancong lain supaya memilih berhati-hati apabila  hotel penginapan. – AGENSI

Prev.:Seram! Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan

Komen Terbaru
BoongaKertas 7-1-2026 12:21 PM
ehhh, boleh tak tlg bg senarai jer. kan senang sikit nak rujuk.
ninja boy 8-1-2026 12:41 AM
Ingat thread zaman dulu2 siap ada list nama hotel/homestay berhantu di setiap negeri Malaysia
rain2169 9-1-2026 08:51 AM
hmmmm.... macam tak berapa nak seram punnnn
Paiya 9-7-2026 12:29 AM
napa tak bagi tau nama hotel?
Tehran 10-7-2026 12:37 PM
Ko baca ayatul kursi pandailah setan tu lari